trending_flat

National Space Camp 2024 dedahkan pelajar dan masyarakat tentang misi angkasa

CYBERJAYA, 29 Julai 2024 – Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang hari ini telah merasmikan National Space Camp 2024 (Kem Angkasa Kebangsaan 2024) bertempat di MIGHT Partnership Hub, Cyberjaya. Program pembudayaan sains yang bertemakan “Teknologi dan Pengembaraan Angkasa” itu merupakan kerjasama Apadilangit (Langit Kita Sdn Bhd) dan Starlight Education UK, dengan sokongan oleh Agensi Angkasa Malaysia MYSA), MIGHT (Malaysian Industry-Government Group for High Technology) agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MASIC (Malaysian Space Industry Consortium). “Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dan masyarakat tentang misi angkasa, Malaysia Space Exploration 2030 di samping menarik minat pelajar dan masyarakat terhadap sains dan teknologi angkasa. Ia juga bermatlamat untuk mengetengahkan potensi kerjaya dalam bidang angkasa serta membina kepakaran bagi industri angkasa tempatan selaras dengan Strategi 1, Teras Pembangunan Modal Insan dalam Pelan Strategik Industri […]

trending_flat

Pedalaman Sabah Sumbang 37.5 Peratus Pengeluaran Koko Negara

SABAH, 29 Julai 2024 - Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani telah mengadakan program Lawatan Kerja Turun Padang bersama Pekebun Kecil Koko di Kampung Liau Ulu, Keningau, Sabah. Dalam majlis tersebut, beliau turut merasmikan Kursus Teknologi Pasca Tuai dan Pemantapan Kelompok Koko dan Mini Pemprosesan Koko Kampung Liau. Menurut KPK, pada tahun 2023, Industri Koko telah menyumbang pendapatan eksport sebanyak RM8.2 bilion. Ini jelas menunjukkan kepentingan industri ini dalam memangkin ekonomi negara. Sehingga Mei 2024, pendapatan eksport industri koko telah mencapai RM4.8 bilion iaitu kira-kira 58% berbanding pencapaian tahun lepas. "Kawasan pedalaman Sabah telah menunjukkan pencapaian pengeluaran koko yang baik dengan menyumbang sebanyak 37.5% daripada jumlah pengeluaran koko negara. Beberapa pekebun kecil koko di kawasan ini telah berjaya mengeluarkan hasil tinggi koko sebanyak lebih 1,000 kg/hektar/tahun berbanding produktiviti nasional sebanyak 100kg/hektar/tahun. Sebahagian biji koko dari […]

trending_flat

OPKIM IPT @ PAHANG 2024 Berjaya Lahirkan Impak Positif Di Komuniti Felda Seroja Jengka 18

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2024 (Bernama) -- Program Operasi Khidmat Masyarakat Institusi Pengajian Tinggi (OPKIM IPT) @ Pahang 2024, sebuah inisiatif kolaboratif antara Pejabat Menteri Besar Pahang, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), telah melabuhkan tirai dengan penuh jayanya. Program yang berlangsung selama empat hari dari 18 hingga 21 Julai lalu, melibatkan penyertaan aktif mahasiswa dari UNIRAZAK dan UMPSA.Dilaksanakan di Felda Seroja Jengka 18, Maran, program ini telah memberi penekanan kepada pembangunan komuniti melalui pelbagai aktiviti yang menjurus kepada aspek keagamaan, pendidikan, komuniti, dan patriotisme. Pelajar-pelajar IPT telah berinteraksi secara langsung dengan pelajar sekolah rendah dan menengah serta komuniti setempat, mewujudkan hubungan yang erat dan memupuk semangat gotong-royong. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation