Alibaba.com Bekerjasama dengan IOC Dorong Atlet ke arah Keusahawanan
Alibaba.com akan menjadi rakan kongsi eksklusif untuk menyertai edisi keempat program Athlete365 Business Accelerator, menawarkan latihan berfokuskan e-dagang dan perdagangan global, peluang bimbingan eksklusif dan pakej pemecu KUALA LUMPUR 1 Ogos 2024 – Pada acara pelancaran besar di Paris hari ini, Alibaba.com, platform terkemuka untuk e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) global, akan mengumumkan bahawa ia telah menjadi rakan kongsi e-dagang Olimpik dan Paralimpik pertama di seluruh dunia untuk menyertai edisi keempat program Athlete365 BusinessAccelerator (“Business Accelerator”), iaitu suatu inisiatif yang diterajui IOC untuk menyokong atlet dengan peluang dwikerjaya dan peralihan kerjaya dengan memperkasakan mereka untuk menjadi usahawan. Alibaba.com menghubungkan pembeli dengan pembekal dari lebih 200 negara dan wilayah, sekali gus menawarkan perkhidmatan inovatif dan alatan perniagaan yang dipacu teknologi untuk membantu PKS memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Senario ini memudahkan perdagangan global untuk pembeli dan penjual, menawarkan peluang kepada semua bakal usahawan […]