trending_flat

Stevie® Awards Mengumumkan Pemenang Annual International Business Awards® ke-21 dari Seluruh Dunia

Dipilih Daripada Lebih 3,600 Pencalonan, Mewakili 62 Negara dan Wilayah, oleh Lebih Daripada 300 Hakim FAIRFAX, Virginia, Aug. 15, 2024 - Organisasi dan eksekutif berpencapaian tinggi di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai pemenang Emas, Perak dan Gangsa Stevie® Award dalam Annual International Business Awards® ke-21, satu-satunya program anugerah perniagaan antarabangsa yang merangkumi semua di dunia. IBA telah digelar “Sukan Olimpik untuk tempat kerja.” Pemenang dipilih daripada lebih daripada 3,600 pencalonan yang diserahkan oleh organisasi di 62 negara dan wilayah. Senarai lengkap semua pemenang Emas, Perak dan Gangsa Stevie Award 2024 mengikut kategori boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA. Lebih daripada 300 eksekutif dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam 11 juri untuk menentukan pemenang Stevie. Pemenang utama Emas, Perak dan Gangsa Stevie Award ialah Ayala Land dari Metro Manila, Filipina dengan 25 kemenangan Stevie Award. Pemenang lain bagi pelbagai Stevie Awards termasuk, antara lain: Halkbank, Istanbul, Turki […]

trending_flat

Merdekakan  Budaya  Kerja Untuk Bawa Impak Positif

PUTRAJAYA, 15 Ogos 2024 - Penjawat awam perlu mengubah pendekatan dan  menganjak pemikiran untuk sentiasa mencipta kelainan kepada budaya kerja yang lebih cekap untuk membawa impak positif kepada agensi dan masyarakat. Selain itu menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pendekatan serta tindakan juga perlu diubah daripada sikap hanya menyambung apa yang sedia ada. ”Untuk itu,  saya  ingin mengajak warga KKDW dan tentunya agensi-agensi yang lain yang telah diletakkan di bahu saya umpamanya FELDA atau Majlis TVET Negara bagi kita semua berperanan untuk memerdeka dan membebaskan pemikiran,  pendekatan serta tindakan kita daripada sikap hanya menyambung apa yang sedia ada. Jiwa merdeka yang ada harus mempunyai kemahuan yang kuat bagi kita mencipta kelainan dan melakukan game changer  dari masa ke semasa.” katanya. Sempena bulan kemerdekaan, Dato’ Seri Zahid  turut  menyeru  warga kerja […]

trending_flat

SKSPS bakal memanfaatkan seramai hampir 500 pengamal media sambilan di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2024 – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dimenterai hari ini bagi memperluas perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan (stringers) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. "MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Puan Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, Encik John Riba Marin merupakan inisiatif kerajaan bagi menambah baik program perlindungan sosial, terutama bagi pengamal media yang sentiasa berdepan pelbagai cabaran semasa menjalankan tugas. SKSPS bakal memanfaatkan seramai 493 pengamal media sambilan daripada 45 organisasi media di seluruh negara dengan nilai caruman sebanyak RM232.80 setiap individu bagi tempoh setahun bermula 1 Julai 2024." kata Bernama. Turut disampaikan, Nota Perlindungan PERKESO kepada 10 petugas media sambilan daripada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Astro […]

trending_flat

Program ‘Malaysia ICT Volunteer’ (MIV) bersama komuniti di Sarawak

SRI AMAN, 15 Ogos 2024 (Bernama) -- Program 'Malaysia ICT Volunteer' (MIV) bersama Komuniti Sarawak 2024 yang dianjurkan MCMC Negeri Sarawak bertujuan untuk merapatkan jurang dan meningkatkan literasi digital, terutama di kawasan luar bandar.Bertempat di Simanggang, Sri Aman, program itu berjaya menarik seramai 72 orang sukarelawan.Dalam sesi libat-urus, para sukarelawan diberikan pendedahan berkaitan pengenalan MIV, inisiatif-inisiatif MCMC serta tugasan sukarelawan; pemasaran Menggunakan Media Sosial; E-Bayaran oleh Bank Negara Malaysia cawangan Kuching; Perkongsian Produk & Perkhidmatan oleh Pos Malaysia; Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan serta Kemahiran Insaniah iaitu Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi.

trending_flat

Fadillah selamat tiba di Peru

PERU, 14 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga (Energy Ministers Meeting – EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) telah selamat tiba di Lima, Peru. Menurut Fadillah menerusi ciapan di Halaman X beliau, mesyuarat kali ini akan membincangkan mengenai hala tuju, dasar dan kerjasama dalam pertumbuhan mapan bagi bidang tenaga terutamanya dalam aspek peralihan tenaga dan usaha pengurangan jejak karbon di kalangan ekonomi APEC. "Selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) saya akan mengetengahkan pendirian Malaysia dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta berkongsi mengenai aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang tahun 2050, menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), […]

trending_flat

Situasi semasa demam denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 31 (28 Julai 2024 – 03 Ogos 2024)

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2024 (Bernama) - Pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,515 kes berbanding 2,609 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024.  Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 78 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  49 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.  Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 95 lokaliti berbanding 96 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 95 lokaliti yang dilaporkan, 75 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, lima (5) lokaliti di Perak, tiga (3) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Sabah, dua (2) lokaliti di Kedah dan […]

trending_flat

Harga Diesel di Semenanjung turun 5 sen

PUTRAJAYA, 14 Ogos 2024 - Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.25 seliter mulai hari ini hingga 21 Ogos 2024. Menurut Kementerian Kewangan (MOF) ia adalah seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia. Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga." katanya. Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos 2024 adalah ditetapkan seperti berikut: (i) harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter; (ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; (iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.25 seliter; dan (iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation