trending_flat

Fadillah ucap tahniah kepada Kontinjen Sarawak

SARAWAK, 24 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof mengucapkan tahniah kepada Kontinjen Sarawak yang berjaya muncul sebagai juara keseluruhan SUKMA XXI 2024. "Syabas dan Tahniah kepada Kontinjen Sarawak yang muncul juara keseluruhan SUKMA XXI 2024, selepas pernah menjuarai kejohanan sama pada 1990, 1992 dan 1994." kata Fadillah yang juga merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya menerusi halaman Facebook beliau. Beliau turut menucapkan tahniah kepada perenang Selangor, Andrew Goh dan penembak Negeri Sembilan, Gan Chen Jie, yang masing-masing diumumkan sebagai penerima Anugerah Atlet Kategori Lelaki dan Anugerah Atlet Kategori Wanita SUKMA 2024. "Paling membanggakan Sarawak selaku tuan rumah SUKMA Ke-21 telah membuktikan kecemerlangannya dalam menganjurkan kejohanan berkenaan yang disifatkan penganjuran paling meriah dan terbaik setakat ini. Selepas acara perasmian penuh gilang gemilang pada 17 Ogos 2024 yang lalu, majlis penutupan SUKMA […]

trending_flat

SPRM kesan Faidzul Abu Hassan bantu siasatan kes

PUTRAJAYA, 24 Ogos 2024 - SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan. Menurut SPRM, lelaki tersebut bernama Faidzul Abu Hassan dan berumur 50 tahun. Alamat terakhir lelaki tersebut adalah C 30, Kg Sri Kundang, 48020 Rawang, Selangor. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibatdiminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohammad Hafizaizad Abdul Rahimdi talian 03-55256500 atau 013-3609203 atau emel kepada hafizaizad@sprm.gov.my .

trending_flat

Misi perniagaan khas francais ke London berpotensi raih pelaburan melebihi RM34 juta

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2024 – Misi Perniagaan Khas Francais Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ke London berpotensi meraih pelaburan melebihi RM34 juta. Misi tersebut diketuai oleh Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, pada 13 hingga 17 Ogos 2024. Misi tersebut telah disertai oleh lapan usahawan francais Malaysia iaitu syarikat UCMAS, Little Caliph, Marrybrown, Global Art, CIC Where Leaders Are Born, Q-Dees, Beard Brothers dan EL&N. Menurut KUSKOP, pemilihan syarikat adalah berdasarkan potensi untuk mengembangkan perniagaan di United Kingdom menerusi kerjasama strategik antara Persatuan Francais Malaysia (MFA), Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara. "Kami berharap dengan adanya kerjasama strategik ini, usahawan francais Malaysia akan dapat memanfaatkan peluang-peluang yang tersedia untuk berkembang lebih jauh di peringkat global. Lawatan ini juga bertujuan membuka ruang […]

trending_flat

Sambutan Hari Kebangsaan gilang-gemilang di lokasi baharu

Oleh : Liana Sahabudin / MELAKA HARI INI SERI NEGERI 23 Ogos – Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir bagi bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad berkata, apa yang menarik adalah sambutan kali ini diadakan di lokasi baharu iaitu di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir. “Sambutan ini diadakan di lokasi baharu yang lebih selesa dan bersesuaian dengan namanya, ia menyediakan ruang atau parameter lebih luas serta besar. “Kita turut menjalankan penambahbaikan kemudahan untuk orang ramai seperti ‘Grand Stand’ Awam yang lebih banyak bagi keselesaan pengunjung,” katanya pada Wawancara Khas Bersama Melaka Hari Ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam. Menurutnya, jumlah penyertaan perbarisan dan perarakan pula dijangka melebihi 10,000 orang mewakili 140 kontinjen pelbagai jabatan serta agensi kerajaan, badan berkanun negeri selain persekutuan. Jelas beliau, turut […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation