trending_flat

SKSPS bakal memanfaatkan seramai hampir 500 pengamal media sambilan di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2024 – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dimenterai hari ini bagi memperluas perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan (stringers) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. "MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Puan Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, Encik John Riba Marin merupakan inisiatif kerajaan bagi menambah baik program perlindungan sosial, terutama bagi pengamal media yang sentiasa berdepan pelbagai cabaran semasa menjalankan tugas. SKSPS bakal memanfaatkan seramai 493 pengamal media sambilan daripada 45 organisasi media di seluruh negara dengan nilai caruman sebanyak RM232.80 setiap individu bagi tempoh setahun bermula 1 Julai 2024." kata Bernama. Turut disampaikan, Nota Perlindungan PERKESO kepada 10 petugas media sambilan daripada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Astro […]

trending_flat

Program ‘Malaysia ICT Volunteer’ (MIV) bersama komuniti di Sarawak

SRI AMAN, 15 Ogos 2024 (Bernama) -- Program 'Malaysia ICT Volunteer' (MIV) bersama Komuniti Sarawak 2024 yang dianjurkan MCMC Negeri Sarawak bertujuan untuk merapatkan jurang dan meningkatkan literasi digital, terutama di kawasan luar bandar.Bertempat di Simanggang, Sri Aman, program itu berjaya menarik seramai 72 orang sukarelawan.Dalam sesi libat-urus, para sukarelawan diberikan pendedahan berkaitan pengenalan MIV, inisiatif-inisiatif MCMC serta tugasan sukarelawan; pemasaran Menggunakan Media Sosial; E-Bayaran oleh Bank Negara Malaysia cawangan Kuching; Perkongsian Produk & Perkhidmatan oleh Pos Malaysia; Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan serta Kemahiran Insaniah iaitu Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi.

trending_flat

Fadillah selamat tiba di Peru

PERU, 14 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga (Energy Ministers Meeting – EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) telah selamat tiba di Lima, Peru. Menurut Fadillah menerusi ciapan di Halaman X beliau, mesyuarat kali ini akan membincangkan mengenai hala tuju, dasar dan kerjasama dalam pertumbuhan mapan bagi bidang tenaga terutamanya dalam aspek peralihan tenaga dan usaha pengurangan jejak karbon di kalangan ekonomi APEC. "Selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) saya akan mengetengahkan pendirian Malaysia dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta berkongsi mengenai aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang tahun 2050, menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), […]

trending_flat

Situasi semasa demam denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 31 (28 Julai 2024 – 03 Ogos 2024)

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2024 (Bernama) - Pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,515 kes berbanding 2,609 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024.  Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 78 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  49 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.  Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 95 lokaliti berbanding 96 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 95 lokaliti yang dilaporkan, 75 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, lima (5) lokaliti di Perak, tiga (3) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Sabah, dua (2) lokaliti di Kedah dan […]

trending_flat

Harga Diesel di Semenanjung turun 5 sen

PUTRAJAYA, 14 Ogos 2024 - Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.25 seliter mulai hari ini hingga 21 Ogos 2024. Menurut Kementerian Kewangan (MOF) ia adalah seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia. Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga." katanya. Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos 2024 adalah ditetapkan seperti berikut: (i) harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter; (ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; (iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.25 seliter; dan (iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak […]

trending_flat

Synergy House rekod pertumbuhan pendapatan 32.07 peratus kepada RM77.4 juta

Prospek Perniagaan Kekal Teguh Disokong oleh Segmen B2B dan B2C, Kesan Kerugian Sekali. SHAH ALAM, 14 Ogos 2024 – Synergy House Berhad (“Synergy House” atau “Kumpulan”), penjual e-dagang rentas sempadan dan pengeksport perabot perabot rumah sedia untuk dipasang (“RTA”),  mengumumkannya keputusan kewangan bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (“S2 TK2024”). Kumpulan mencapai hasil sebanyak RM77.4 juta, menandakan peningkatan ketara 32.07% berbanding RM58.6 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas ("S2 TK2023"). Pada S2 TK2024, Synergy House melaporkan kerugian sebelum cukai ("LBT") sebanyak RM6.4 juta, berbanding keuntungan sebelum cukai ("PBT") sebanyak RM8.5 juta pada S2 TK2023. Kerugian ini didorong terutamanya oleh peruntukan sekali sahaja untuk hutang ragu berjumlah RM13.4 juta yang berkaitan dengan pelanggan tertentu yang sebahagiannya ditolak daripada jangkaan insurans kredit perdagangan belum terima sebanyak RM3.15 juta untuk impak bersih RM10.25 juta . Tidak termasuk kesan sekali sahaja ini, Kumpulan akan mencatatkan […]

trending_flat

VARIA peroleh kontrak RM61.4 juta bina fasiliti pendidikan di Perak

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2024 – Varia Berhad ("Varia" atau "Kumpulan"), pemain berpengalaman dalam bidang pembinaan dan pembangunan hartanah, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Pembinaan Teguh Maju Sdn. Bhd. ("PTM"), telah dianugerahkan Surat Anugerah (“LoA”) oleh Kemuncak Pesaka Sdn Bhd., bernilai RM61.4 juta, bagi membina dan menyiapkan bangunan utama dan kerja-kerja luaran untuk kemudahan pendidikan di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim, Perak. Kerja-kerja tersebut adalah “Cadangan Mereka Bentuk, Membina, Menyiapkan, Menguji dan Mentauliah Pembinaan Asrama Pelajar, Pusat Antarabangsa dan Mobiliti, Pusat Kemahiran Bahasa, Ruang -Ruang Sokongan dan Infrastruktur Luar, serta Kerja-Kerja berkaitan dengannya” (“Projek”). Projek ini melibatkan reka bentuk, pembinaan, penyiapan, ujian dan pentauliahan pelbagai kemudahan pendidikan, termasuk asrama pelajar, pusat antarabangsa dan mobiliti, pusat kemahiran bahasa, ruang sokongan dan infrastruktur luaran yang berkaitan. Kerja kontrak ditetapkan untuk bermula pada 19 Ogos 2024 dan dijangka […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation