Tiada Arahan Spesifik Menjerang Air Tapisan Mesin Penapis Air Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)
Oleh : JomCheck
JomCheck menerima satu pertanyaan menerusi ‘direct message’ di aplikasi TikTok tentang mesej tular yang memberi peringatan kepada orang ramai untuk kekal berwaspada dengan penyakit Gastroenteritis Akut (AGE) atau cirit-birit berikutan kes tersebut yang berlaku di Sabah.
Antara perkara yang ditekankan di dalam mesej tersebut adalah peringatan untuk menjerang air walaupun ia telah ditapis mesin penapis air bagi memastikan air berkenaan lebih selamat untuk diminum sekaligus dapat mengelakkan penyakit AGE.
Hasil semakan JomCheck mendapati bahawa hantaran berkenaan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah dicampur aduk dengan nasihat menjerang air tapisan mesin penapis air.
Sumber: Harian Metro
Be the first to leave a comment