trending_flat

KEMPEN BETUL-BETUL FREE ROAD TAX POLICYSTREET MEMANFAATKAN SEPULUH KALI GANDA RAKYAT MALAYSIA PADA 10 OKTOBER INI

Perbaharui insurans kereta anda dengan PolicyStreet pada 10-11 Oktober dan nikmati cukai jalan PERCUMA untuk kereta dengan kapasiti enjin bawah 1600cc, serta diskaun bagi cukai jalan untuk kereta dengan kapasiti enjin 1600cc dan ke atas. KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Insurans kereta anda hampir tamat tempoh tetapi gaji belum masuk? Jangan risau! Kempen Betul-Betul FREE Road Tax PolicyStreet kembali untuk kali ketiga pada 10-11 Oktober ini, bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Bersempena dengan 10 Oktober (10.10), iterasi ketiga kempen ini menawarkan sepuluh kali ganda manfaat berbanding yang pertama, daripada 500 kepada 5,000 rakyat Malaysia, memberikan lebih ramai orang peluang untuk mendapat manfaat daripada promosi ini. Sepanjang promosi kilat, 5,000 rakyat Malaysia pertama yang memiliki kereta dengan kapasiti enjin di bawah 1600cc boleh menikmati cukai jalan PERCUMA. Sementara itu, pemilik kereta dengan kapasiti enjin 1600cc dan ke atas akan menikmati […]

trending_flat

LEBIH 500 PESERTA SERTAI MPIOC 2024

Sumber Gambar: https://www.instagram.com/polisas_official/ KUANTAN, 6 Oktober 2024 – Seramai 524 peserta dari Malaysia dan negara luar iaitu Indonesia, Jepun, Singapura, Perancis, Chinese Taipei dan SAR Hong Kong menyertai Malaysian POLYCC International Orienteering Championship (MPIOC 2024) | World Ranking Event | The 4th Series Asean League bagi dua kategori utama dipertandingkan serta kategori pelajar sekolah. Seramai 288 peserta direkodkan bagi kategori utama World Ranking Event (WRE) dan National Ranking Event (NRE) manakala baki 236 lagi merupakan peserta bagi kategori pelajar sekolah menengah dan rendah. MPIOC 2024 merupakan anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama daripada Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Persatuan Sukan Orienteering Malaysia (PESOM) dan Persatuan Sukan Orienteering Pahang (POSAS), yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, bertempat di POLISAS. Kejohanan ini turut mendapat […]

trending_flat

Budaya ‘cosplay’ dalam kalangan remaja Islam: Antara minat dan hukum

Oleh: Dr. Ariyanti Mustapha  Dinamisme berfesyen dalam kalangan wanita sering mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan zaman, masa, dan teknologi yang sentiasa berkembang. Perkembangan dalam berfesyen pada hari ini bukan sahaja diminati oleh golongan berkerjaya dan remaja, tetapi juga oleh perkembangan dalam penggunaan media sosial dan TikTok yang telah membawa pengaruh besar kepada dunia fesyen dalam kalangan remaja. Interaksi sosial dari pelbagai budaya, agama, dan cara hidup melalui perkembangan media sosial telah membawa paradigma dalam perubahan fesyen dan minat dalam kalangan remaja. Penulisan kali ini akan mengupas trend remaja pada masa kini yang sangat meminati watak-watak animasi dalam manga Jepun yang diterjemahkan melalui pemakaian baju yang dinamakan sebagai ‘Cosplay’.  Perkataan ‘Cosplay’ merupakan singkatan daripada perkataan “costume play” dalam bahasa Inggeris atau Kosupure dalam bahasa Jepun yang diperagakan dengan pelbagai jenis pakaian yang menggambarkan watak-watak yang diilhamkan daripada Manga (Komik Jepun), anime […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation