RANG UNDANG-UNDANG (RUU) MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN : LANGKAH MAJU UNTUK KEHARMONIAN UMAT
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia yang memberi kuasa kepada Negeri-negeri termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal agama Islam. Perkara ini jelas disebutkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai I (Butiran 4K) dan Senarai II Senarai Negeri (Butiran 1). Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024 hadir dengan tujuan utama untuk memperkukuh institusi kefatwaan di Malaysia, khususnya dalam hal penerbitan fatwa dan hukum Islam. Undang-undang ini dirancang untuk: · Menyelaras prosedur penerbitan fatwa: Dengan adanya Undang-Undang Mufti yang jelas, fatwa yang dikeluarkan akan lebih konsisten dan dapat dipertanggungjawabkan.· Meningkatkan kredibiliti institusi kefatwaan: Undang-Undang Mufti ini diharapkan dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti.· Menjaga kesucian ajaran Islam: Melalui undang-undang ini diharapkan dapat mencegah penyebaran ajaran sesat dan menjaga kesucian ajaran Islam. Tuduhan RUU Mufti Wilayah adalah autoritarianisme adalah satu tuduhan yang tidak berasas kerana RUU Mufti […]