trending_flat

KUMPULAN NX KELUARKAN DUA FILEM JENAMA BAHARU: “NX MENGALU-ALUKAN RAKAN KARGO” DAN “TEMUI KUMPULAN NX: MENGHUBUNGKAN DUNIA”

TOKYO, 16 Okt (Bernama) -- NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC., telah mengeluarkan dua filem jenama baharu -- "NX mengalu-alukan rakan kargo" dan "Temui Kumpulan NX: Menghubungkan Dunia" -- pada Jumaat, 4 Oktober. "NX mengalu-alukan rakan kargo" memperkenalkan gudang dan pejabat bagi rakan kargo GmbH, sebuah syarikat logistik Austria yang telah menjadi sebahagian daripada Kumpulan NX pada Januari 2024, di samping imej-imej mengenai pemandangan Austria yang indah. Filem itu menonjolkan keupayaan yang dipertingkatkan bagi Kumpulan NX, yang telah berkembang di peringkat global sejak penubuhannya pada tahun 1937, untuk menyediakan penyelesaian logistik hujung ke hujung yang berkualiti tinggi dan mapan kepada lebih ramai pelanggan dengan penambahan rakan kargo kepada Kumpulan itu.

trending_flat

BLUESCOPE MELANCARKAN PROGRAM ANUGERAH ASEAN UNTUK MERAIKAN KECEMERLANGAN SERANTAU DALAM SENI BINA KELULI

Sumber Gambar: https://www.nsbluescope.com/asean/bluescope-steel-architectural-asean-awards-2024-colorbond/ SINGAPURA, 16 Okt (Bernama) -- Anugerah Seni Bina Keluli BlueScope ASEAN 2024 kini dibuka kepada projek-projek yang menggunakan keluli BlueScope di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Penyertaan diterima dalam sektor bangunan Kediaman, Komersial, Industri dan Institusi, sementara terdapat kategori tambahan iaitu ‘Kecantikan Tahan Lama COLORBOND®’ - kategori ini meraikan projek-projek yang telah menghadapi pelbagai keadaan cuaca namun tetap mengekalkan keindahan dan kekuatan mereka hasil penggunaan keluli COLORBOND® daripada BlueScope.“Di BlueScope, kami berhasrat untuk mencipta dan memberi inspirasi kepada penyelesaian pintar dalam penggunaan keluli, dan program anugerah baharu kami adalah peluang yang baik untuk mempamerkan beberapa projek seni bina terbaik di rantau ini. Selain menetapkan penanda aras industri dan mempromosikan amalan terbaik, anugerah ini juga merupakan cara yang hebat untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan dan menyokong komuniti arkitek ASEAN yang dinamik,” kata Connell Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif NS BlueScope.Anugerah Seni […]

trending_flat

Realiti golongan B40 menjelang Bajet 2025

Oleh: Dr. Mohd Khairi Ismail Peningkatan kos sara hidup di Malaysia memberi kesan yang tidak seimbang kepada B40 Pada tahun 2024, ekonomi global menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang memuaskan dan sekaligus memberi kesan kepada kadar kemiskinan terutama kepada golongan pendapatan 40% terbawah (B40) di Malaysia. Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund (IMF)) mengunjurkan pertumbuhan global di bawah 3 peratus yang secara tidak langsung memberi kesan kepada pengangguran Malaysia pada kadar 4.5%. Pada masa yang sama, kadar inflasi disasarkan pada 3-4% dan menyebabkan kos sara hidup terus meningkat. Keadaan ini akan menyumbang kepada peningkatan kadar kemiskinan dan menyebabkan wujud keperluan campur tangan menerusi pelaksanaan dasar dan polisi yang efektif. Dengan ketidaktentuan ekonomi global dan pertumbuhan ekonomi negara yang perlahan, kadar kemiskinan dijangka meningkat terutamanya melibatkan golongan B40. Faktor inflasi semasa memberi kesan yang mendalam kepada kumpulan B40 di Malaysia kerana ia secara […]

trending_flat

Masyarakat harus lebih bijak memilih

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Industri halal di Malaysia berpotensi menyediakan peluang yang luas kepada pengeluar makanan untuk mengembangkan perniagaan (Amanda Lim - Unsplash) Kehidupan seorang muslim adalah sering berkisarkan di antara konsep Halal dan Haram. Kedua-dua terma ini adalah berfungsi untuk menjadi garis panduan kepada umat islam dalam melaksanakan aktiviti penghidupan seharian berlandaskan syariat. Konsep Halal dalam perspektif makanan adalah merujuk kepada makanan yang dibenarkan untuk diambil oleh umat islam. Manakala, konsep haram pula adalah membawa maksud sebaliknya. Konsep makanan halal ini adalah merangkumi secara menyeluruh dengan menggalakkan umat Islam untuk mengambil produk makanan yang berkhasiat serta dihasilkan secara suci dan bersih dari perspektif Islam itu sendiri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai perkhabaran yang tular dalam ruangan internet adalah berkaitan restoran atau premis makan yang tidak memiliki persijilan Halal, terutamanya bagi premis yang terletak di dalam kawasan pusat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation