PEMENTASAN KARYA AGUNG TEATER ASY SYURA SEMARAKKAN TEATER NEGERI PERLIS
Poster Karya Agung : Teater As Syura KANGAR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Perlis akan mementaskan Teater Asy Syura karya Tan Sri Johan Jaafar pada 25 dan 26 Oktober 2024 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Auditorium, Kompleks JKKN Perlis. Pementasan hari pertama akan diserikan dengan kehadiran YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis bersama isteri. Turut hadir bersama menyaksikan pementasan teater ialah YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis dan YBrs. Puan Salmiyah binti Ahmad, Pengarah Bahagian Bimbingan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Program Karya Agung ini merupakan inisiatif Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengangkat karya-karya yang telah diiktiraf diperingkat […]