trending_flat

MEMBANGUNKAN POTENSI PELAJAR ORANG ASLI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MELALUI PENGLIBATAN AKTIF DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM

Oleh: Nik Amalena Najebah Nik Azman, Pensyarah, UNITEN Business School, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Sultan Haji Ahmad Shah. Pada masa kini, bilangan pelajar Orang Asli di institusi pengajian tinggi semakin meningkat, mencerminkan kesedaran yang kian berkembang dalam kalangan mereka terhadap kepentingan Pendidikan tinggi. Pendidikan tinggi bukan sahaja kunci kepada masa depan yang cerah, tetapi juga landasan penting untuk membina masyarakat yang inklusif dan mampan. Namun, untuk memastikan kejayaan sebenar, pengalaman pendidikan perlu melangkaui bilik kuliah dan turut merangkumi peluang yang luas dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti seperti kelab, persatuan, dan acara luar kelas memainkan peranan penting dalam perkembangan peribadi dan profesional pelajar. Bagi pelajar Orang Asli di universiti, penglibatan dalam aktiviti ini sangat penting untuk membina kemahiran sosial, kepimpinan, dan kreativiti. Walaupun begitu, masih wujud jurang ketara dalam peluang penglibatan mereka yang memerlukan perhatian serius daripada pihak universiti dan masyarakat. […]

trending_flat

150 PELAJAR DALAMI BIDANG LOGISTIK BERSAMA TENAGA PENGAJAR DARI JEPUN

Sumber Gambar: https://www.instagram.com/polisas_official/ KUANTAN, 7 Oktober 2024 – Seramai 150 pelajar jurusan Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) berpeluang mendalami bidang logistik menerusi program Logistics Human Resource Development of Intensive Course on Logistics Operation and Networking 2024. Para pelajar diberikan pendedahan dan latihan berkaitan amalan industri logistik oleh empat tenaga pengajar dari Jepun yang memiliki kepakaran dalam bidang logistik dan dibantu oleh 15 fasilitator yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Perdagangan, POLISAS. Program yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini merupakan inisiatif bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan POLISAS, melalui jalinan usahasama penganjuran daripada kerajaan Jepun menerusi Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan(MLIT) dan  Yayasan Kumpulan Sagawa Holdings (SGH). Majlis pembukaan program ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Logistik […]

trending_flat

Gigi ‘mati’ boleh hidup semula!

Oleh: Dr Fadzlinda Baharin Rawatan-gigi-yang-betul-mampu-menghidupkan-semula-struktur-gigi-yang-telah-rosak-Lafayett-Zapata-Montero-Unsplash.jpg Mempunyai gigi yang sihat dan lengkap merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga. Kempen ‘Gigi Sihat Sepanjang Hayat’ oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan betapa pentingnya setiap individu untuk menjaga sebaiknya kesihatan gigi agar mampu berfungsi seumur hidup. Antara fungsi utama gigi adalah untuk mengunyah makanan, pertuturan dan kecantikan. Struktur anatomi gigi terbahagi kepada enamel iaitu lapisan paling luar, diikuti oleh dentin iaitu lapisan kedua pada gigi. Dentin merupakan struktur berwarna putih kekuningan yang memberikan identiti unik pada gigi setiap individu. Pada bahagian tengah gigi, terdapat satu struktur yang sangat penting iaitu pulpa. Pulpa boleh diibaratkan sebagai ‘jantung’ untuk gigi. Di dalamnya terletak komponen penting seperti kapilari darah dan sistem saraf yang berfungsi memberi nutrisi kepada gigi agar ia kekal ‘hidup’. Kecederaan (trauma) pada gigi, penyakit karies (gigi berlubang) dan penyakit gusi boleh menyebabkan […]

trending_flat

Kepelbagaian Titik Sentuh E-Dagang Perkasa PMKS

Pendapatan Tahunan Petals Malaysia di Shopee Meningkat 48% dengan program Shopee Affiliate Menyumbang 4 dalam 10 Pesanan Perniagaan tempatan di Malaysia sedang bangkit untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk tempatan, dengan sokongan platform seperti Shopee. Menurut tinjauan terkini Shopee, Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal, 98% rakyat Malaysia percaya bahawa membeli lokal dapat meningkatkan komuniti yang kurang berkemampuan. Selain itu, lebih 80% rakyat Malaysia memilih untuk membeli produk Buatan Malaysia, didorong oleh keinginan mereka untuk menyokong komuniti tempatan, mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, dan memelihara warisan budaya. Inisiatif Shopee Rai Lokal meraikan kisah-kisah inspirasi usahawan tempatan ini yang menembusi halangan dan mencapai kejayaan dalam dunia digital. Mereka memanfaatkan alat seperti kedai dalam talian, strim langsung, kandungan video, dan fungsi chat untuk berhubung dengan pelanggan. Jenama seperti Petals Malaysia adalah contoh perniagaan tempatan yang memanfaatkan e-dagang untuk memperluas kecapaian mereka, […]

trending_flat

Pelancaran Anugerah Rekaan Cemerlang Rekatone (REXDA) Antarabangsa

Najwan Menggalakkan Amalan Telus dan Bertanggungjawab dalam Industri Pengubahsuaian Najwan (tengah) menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Rekatone dan Persatuan Proptech Malaysia. Dari kiri: Jeffrey Tan, Chuah Chong Heong, Najwan, Dr. Daniele Gambero, dan Wong Kei Wei. (Kuala Lumpur, 7 Oktober) – Peningkatan amalan penipuan dalam sektor pengubahsuaian telah memberi kesan buruk kepada industri reka bentuk dan pembinaan. YB Mohd Najwan Bin Halimi, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bagi Pembangunan Belia dan Sukan, Pemberdayaan Keusahawanan, dan Hal Ehwal Ekonomi Kreatif, menyeru kontraktor pengubahsuaian, pereka dalaman, dan arkitek untuk terus menyediakan perkhidmatan yang beretika, berkualiti tinggi, dan kreatif. Beliau mendedahkan bahawa sektor reka bentuk dalaman juga terjejas secara tidak langsung oleh penipuan dalam sektor pengubahsuaian, dengan kira-kira 1,200 kes dilaporkan di seluruh negara pada tahun 2023, yang menyebabkan kerugian sebanyak RM 50 juta. Najwan: Kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan industri […]

trending_flat

KEMPEN BETUL-BETUL FREE ROAD TAX POLICYSTREET MEMANFAATKAN SEPULUH KALI GANDA RAKYAT MALAYSIA PADA 10 OKTOBER INI

Perbaharui insurans kereta anda dengan PolicyStreet pada 10-11 Oktober dan nikmati cukai jalan PERCUMA untuk kereta dengan kapasiti enjin bawah 1600cc, serta diskaun bagi cukai jalan untuk kereta dengan kapasiti enjin 1600cc dan ke atas. KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Insurans kereta anda hampir tamat tempoh tetapi gaji belum masuk? Jangan risau! Kempen Betul-Betul FREE Road Tax PolicyStreet kembali untuk kali ketiga pada 10-11 Oktober ini, bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Bersempena dengan 10 Oktober (10.10), iterasi ketiga kempen ini menawarkan sepuluh kali ganda manfaat berbanding yang pertama, daripada 500 kepada 5,000 rakyat Malaysia, memberikan lebih ramai orang peluang untuk mendapat manfaat daripada promosi ini. Sepanjang promosi kilat, 5,000 rakyat Malaysia pertama yang memiliki kereta dengan kapasiti enjin di bawah 1600cc boleh menikmati cukai jalan PERCUMA. Sementara itu, pemilik kereta dengan kapasiti enjin 1600cc dan ke atas akan menikmati […]

trending_flat

LEBIH 500 PESERTA SERTAI MPIOC 2024

Sumber Gambar: https://www.instagram.com/polisas_official/ KUANTAN, 6 Oktober 2024 – Seramai 524 peserta dari Malaysia dan negara luar iaitu Indonesia, Jepun, Singapura, Perancis, Chinese Taipei dan SAR Hong Kong menyertai Malaysian POLYCC International Orienteering Championship (MPIOC 2024) | World Ranking Event | The 4th Series Asean League bagi dua kategori utama dipertandingkan serta kategori pelajar sekolah. Seramai 288 peserta direkodkan bagi kategori utama World Ranking Event (WRE) dan National Ranking Event (NRE) manakala baki 236 lagi merupakan peserta bagi kategori pelajar sekolah menengah dan rendah. MPIOC 2024 merupakan anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama daripada Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Persatuan Sukan Orienteering Malaysia (PESOM) dan Persatuan Sukan Orienteering Pahang (POSAS), yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, bertempat di POLISAS. Kejohanan ini turut mendapat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation