Shopee Affiliate Pacu Pertumbuhan Hebat buat Jenama Malaysia di Shopee Mall
Para Affiliate Menggunakan Shopee Live dan Shopee Video untuk Memacu Pertumbuhan Keuntungan 59% KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2024 – Program Shopee Affiliate telah menjadi enjin utama pertumbuhan jenama Malaysia di Shopee Mall yang memacu ketara keterlihatan dan jualan penjual. Dengan menggunakan kandungan digital dan kerjasama bersama pempengaruh, jenama dan pengedar sah telah mencapai kejayaan hebat dengan peningkatan keuntungan sebanyak 59% dan peningkatan ketara dalam pesanan harian sepanjang tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Impak Shopee Affiliate dapat dilihat dengan lebih ketara semasa kempen Shopee 10.10 Festival Jenama yang baru berakhir dimana hampir satu juta Shopee Videos dicipta yang menghasilkan peningkatan jualan 36 kali ganda untuk penjual baharu di Shopee Mall berbanding hari membeli-belah biasa. Kenaikan ini membolehkan jenama tempatan untuk berhubung dengan audiens yang lebih luas. Para affiliate telah menggunakan ciri inovatif seperti Shopee Live dan Shopee Video […]