Mengukuh pendidikan STEM melalui inovasi makmal jarak jauh
Oleh: Dr. Mohd Nashrul Mohd Zubir Seorang pelajar sedang menggunakan sistem makmal jarak jauh yang dihasilkan Dalam dekad ini, kita telah pun melihat perubahan yang drastik dalam kaedah pendidikan kita. Revolusi digital yang menyeluruh telah mengubah pelbagai aspek kehidupan seharian, termasuklah dalam bidang pendidikan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Sebagai seorang penyelidik dan pendidik, saya percaya bahawa sudah tiba masanya kita melihat kepada pendekatan yang lebih fleksibel, inovatif, dan inklusif dalam mengajar serta mendalami mata pelajaran STEM. Salah satu inovasi terkini yang saya bangunkan bersama rakan-rakan penyelidik adalah makmal jarak jauh, yang bukan sahaja mampu memodenkan cara pembelajaran, malah turut memberikan impak positif terhadap minat dan penglibatan pelajar dalam bidang ini. Mengapa makmal jarak jauh? Makmal adalah komponen terpenting dalam pendidikan STEM. Ia adalah tempat di mana teori sains dipraktikkan dan diuji. Melalui eksperimen, pelajar dapat […]