Kesopanan dan kesusilaan membina inspirasi anak yatim di UM
Oleh: Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Sekumpulan 100 orang anak-anak yatim dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor telah mengikuti sebuah program unik anjuran Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim (YATIM) baru-baru ini, di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, termasuklah Universiti Malaya (UM). Program yang dinamai ‘Opening Young Eyes (OYEs) – Kembara Ilmu Rukun Negara’ turut disertai oleh lebih 20 orang guru pengiring. “Siri program OYEs anjuran YATIM merupakan program berbentuk lawatan sambil belajar yang diadakan sepanjang tahun, khusus untuk anak-anak yatim yang terpilih dari seluruh negara. Kali ini, pembaharuan yang dibawa adalah dengan menjajarkan objektif lawatan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara,” kata Salehhuddin Osman, Pengarah Urusan YATIM. Untuk prinsip Rukun Negara yang pertama, Kepercayaan kepada Tuhan, para peserta telah dibawa melawat Masjid Negara. Untuk prinsip kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, mereka telah dibawa ke Istana Negara, termasuklah melawat ke Balai Rong […]