EKSPLORASI TAJWID: PELAJAR TAHFIZ UNITEN BERKONGSI ILMU BERSAMA PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM
Oleh:Nik Amalena Najebah Nik Azman ROMPIN, 10 November 2024 – Program “Eksplorasi Tajwid: Menyelami Keindahan Al-Quran” telah berjaya dilaksanakan di Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman, Rompin, dengan matlamat memupuk kecintaan kepada Al-Quran dan memperdalam pemahaman ilmu tajwid di kalangan penghuni rumah anak yatim tersebut. Program separuh hari ini berjalan lancar dengan kehadiran seramai 26 peserta. Pengarah Program, Saudara Adib Mursyid bin Amran, menyatakan bahawa program ini bermanfaat bagi fasilitator dan peserta. “Para fasilitator dapat menyumbang dalam bentuk ilmu, sementara peserta pula dapat memperkukuhkan pemahaman tajwid serta membetulkan bacaan Al-Quran mereka,” ujar beliau. Program ini dikendalikan oleh enam fasilitator berdedikasi, termasuk lima Huffaz Profesional yang mengikuti Pensijilan Tahfiz Al-Quran di samping Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang. Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif disusun sepanjang program untuk memastikan peserta dapat […]