trending_flat

TV ALHIJRAH BAWA PEMBELAJARAN AL-QURAN KE PLATFORM TIKTOK MENERUSI RANCANGAN IQRA

TV AlHijrah membawakan satu inisiatif baharu dalam menjalankan misi dakwah platform digital dengan melancarkan IQRA, sebuah program celik al-Quran di aplikasi TikTok. Dengan kerjasama Darul Fikir, program ini bertujuan menghidupkan aspirasi Kerajaan MADANI untuk membina masyarakat berilmu yang berlandaskan prinsip rohani dan intelektual, menjadikan al-Quran sebagai asas kehidupan seharian. IQRA dilihat mampu menjadi platform yang menjadikan Malaysia sebagai negara unggul dalam ilmu dan akhlak, di mana al-Quran menjadi teras kehidupan seharian. Ini selari dengan hadis Nabi SAW tentang kelebihan membaca al-Quran yang berbunyi: “Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.” (Riwayat Muslim). Disiarkan pada setiap hari, jam 9 malam, rancangan ini akan membawa penonton untuk mempelajari asas-asas bacaan al-Quran, kaedah tarannum, tajwid, serta mendalami […]

trending_flat

97% Shopee Affiliate Terus Menyokong Perniagaan Tempatan

Tinjauan mendapati 85% Shopee Affiliate lebih kerap mempromosikan jenama tempatan, dengan kadar penglibatan penonton tempatan yang tinggi sebagai kunci kejayaan KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2024 – Keseronokan membeli-belah 11.11 masih dirasai pembeli-belah dan penjual tempatan, namun walaupun kempen ini sudah tamat, ahli Shopee Affiliate masih terus memacu penglibatan pengguna terhadap penjual tempatan seluruh Malaysia. Tinjauan mendapati 97% ahli affiliate menunjukkan minat yang kuat untuk menyokong penjual tempatan. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai ikatan yang kuat dengan penjual tempatan, mengiktiraf nilai unik, keaslian, dan pengekalan budaya mereka. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang bagaimana ahli Shopee Affiliate menyumbang kepada kejayaan penjual tempatan, Shopee telah menjalankan tinjauan bagi memahami pengalaman dan perspektif unik mereka. Lebih 85% ahli Shopee Affiliate menyatakan bahawa mereka lebih kerap mempromosikan jenama tempatan berbanding jenama antarabangsa, dengan mendedikasikan sebahagian besar usaha mereka untuk menyokong produk tempatan. Dengan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Tenggara Kepulauan Ryukyu

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda enggara Kepulauan Ryukyu pada jam  8:16 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:16 malam, 17 November 2024Koordinat: 29.0° Utara 131.3° TimurLokasi:  Tenggara Kepulauan RyukyuMagnitud: 6.0Jarak: 298km Selatan dari Kagoshima,JapanKedalaman: 52 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation