UM perkasa remaja cegah keciciran
Kesihatan mental remaja adalah salah satu aspek yang penting dalam perkembangan remaja, tanpa mengira latar belakang golongan remaja ini. Semuanya tidak terkecuali untuk diberi tumpuan. Remaja yang datang dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan, atau berada dalam persekitaran yang kurang menyokong, mungkin lebih mudah terdedah kepada tekanan hidup yang boleh memberi kesan kepada kesejahteraan mental mereka. Mereka mungkin memerlukan sokongan yang lebih kuat dalam pelbagai bentuk agar mereka lebih berdaya upaya untuk berkembang sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Pemerkasaan aspek kesihatan mental adalah amat penting kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengambil kira aspek latar belakang. Remaja yang kurang berkemampuan juga perlu mendapat akses kepada pelbagai bentuk perkhidmatan sokongan seperti psikologi dan kaunseling kerana mereka mungkin berhadapan dengan limitasi dalam akses kepada rawatan dan perkhidmatan sokongan kesejahteraan mental. Limitasi akses ini bukan hanya disebabkan oleh kewangan semata-mata, namun ia mungkin […]