trending_flat

KUSKOP AKAN BEKERJASAMA DENGAN TIKTOK MALAYSIA BANTU USAHAWAN.

KOTA KINABALU, 1 Disember –  Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan bekerjasama dengan TikTok Malaysia untuk membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mempromosi dan memasarkan produk mereka secara dalam talian. Menterinya Datuk Ewon Benedick berharap kerjasama itu akan membantu memperkasa dan meningkatkan lagi jualan usahawan PMKS. “TEKUN Nasional iaitu agensi di bawah KUSKOP akan bekerjasama dengan TikTok Malaysia untuk membina satu Live Studio di TEKUN Sabah dan juga Sarawak bagi membolehkan usahawan kita memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara dalam talian. “Ini adalah antara usaha kementerian membantu usahawan termasuk usahawan INSKEN untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara live dalam studio yang kita bangunkan kelak. “Mudah-mudahan pada Februari tahun depan kita dapat melancarkan studio TikTok di TEKUN yang pertama di Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN Edisi Sabah 2024 di SICC […]

trending_flat

Bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan dan identiti negara

Oleh Pensyarah Bahasa, Kuala Lumpur Pendapat Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing, yang menyatakan bahawa penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa boleh mencetuskan persepsi negatif di kalangan pelancong, perlu diteliti dengan lebih mendalam. Cadangan tersebut dilihat kurang menitikberatkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Mengetepikan bahasa Melayu demi memberi ruang kepada penggunaan dwibahasa secara meluas bukan sahaja merendahkan martabat bahasa kebangsaan, malah bertentangan dengan usaha negara untuk mengekalkan jati diri dan perpaduan nasional. Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi tetapi simbol kedaulatan dan identiti Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, penggunaannya di ruang awam termasuk pada papan tanda mencerminkan jati diri negara. Meminggirkan bahasa Melayu dalam usaha menarik pelancong boleh membawa kepada imej bahawa Malaysia tidak menghormati bahasanya sendiri. Negara-negara maju seperti Perancis, Jepun, dan Korea Selatan tetap mempertahankan bahasa kebangsaan mereka walaupun dalam […]

trending_flat

Menyibuk biarlah bertempat

Oleh: Prof. Madya Dr. Haslina Muhamad Pada hari ini, di mana informasi mengalir dengan deras dan bebas, garis pemisah antara prihatin dan rasa ingin tahu sering kali menjadi kabur. Kita semua pernah merasakannya – keinginan untuk tahu lebih banyak, untuk berkongsi, dan bahkan menghakimi. Namun, persoalan yang perlu kita ajukan adalah: bilakah sebenarnya rasa ingin tahu kita sudah melampaui sempadan “menyibuk”? Dan bagaimana kita dapat menghayati rasa ingin tahu ini dengan cara yang menyokong kesejahteraan masyarakat dan bukannya memburukkan lagi keadaan? Di tengah isu ini terletak satu perbezaan penting yang sering kali kita abaikan. Terdapat garis halus antara menunjukkan keprihatinan terhadap orang lain dan campur tangan dalam urusan mereka. Konsep “menyibuk biar bertempat” menggambarkan dengan tepat perbezaan ini. Ia berkaitan dengan mengetahui bila masa untuk campur tangan, dan bila masa untuk menghormati privasi seseorang. Pada dasarnya, sikap “menyibuk” ini berakar […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation