trending_flat

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEREKA CIPTA VIDEO PENDEK KEFAHAMAN ISLAM (VIPKI) HARMONI 2024 UNTUK PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Al-Bukhary International University berjaya merangkul gelaran Johan menerusi video pendek bertajuk ‘Kembali’ di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) Harmoni 2024 KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Al Bukhary International University dinobatkan sebagai Johan menerusi video pendek bertajuk ‘Kembali’, yang memaparkan mesej mendalam mengenai kepentingan keharmonian masyarakat berbilang kaum dalam berbuat baik antara satu sama lain. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM. Majlis ini turut dirasmikan oleh beliau dengan dihadiri oleh  YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM; YBhg. Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS; dan YBrs. Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM bertempat di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Pertandingan ini telah mendapat 125 penyertaan daripada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Daripada jumlah itu, hanya […]

trending_flat

Jangan terjebak perjudian perhubungan dalam cinta ekspres

Oleh: Dr. Norsafatul Aznin binti A. Razak Dalam era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu cepat dan tergesa-gesa, yang kadangkala digelar sebagai “cinta ekspres.” Walaupun keghairahan dalam perasaan adalah sesuatu yang indah, keghairahan yang tidak disertai pemikiran mendalam boleh membawa risiko besar kepada perhubungan. Cinta yang terlalu cepat tanpa asas yang kukuh berpotensi memperjudikan kestabilan hubungan jangka panjang. Secara konsepnya, cinta ekspres ini sering dikaitkan dengan hubungan yang terjalin dengan terlalu cepat tanpa proses pengenalan diri yang mendalam antara pasangan. Dalam situasi ini, keputusan besar seperti perkahwinan atau komitmen serius sering dibuat berdasarkan emosi sementara atau analisis yang kurang mendalam. Faktor seperti media sosial, aplikasi temu janji, dan tekanan untuk “mengikut arus” sering mendorong individu untuk tergesa-gesa dalam memilih pasangan. Cinta ekspres sering kali mengabaikan elemen penting dalam perhubungan, seperti pemahaman terhadap nilai-nilai teras, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation