Gempa bumi kuat berhampiran Pantai California Utara
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda berhampiran Pantai California Utara pada jam 2:44 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:44 pagi, 6 Disember 2024Koordinat: 40.8° Utara 124.2° BaratLokasi: Berhampiran Pantai California UtaraMagnitud: 6.9Jarak: 366km Barat Laut dari San Francisco, USAKedalaman: 66 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.