EWON YAKIN KUSKOP CAPAI KPI TAHUN 2024
KOTA KINABALU, 7 Disember – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yakin kementeriannya dapat mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan tahun 2024. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan semangat kerja berpasukan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua warga kementerian dan agensi-agensi di bawah kementeriannya selama ini. “Saya sangat menghargai kebersamaan berpasukan, dedikasi dan passion warga kerja KUSKOP selama dua tahun saya di kementerian ini yang telah mencetuskan banyak kebaikan kepada negara dan pemegang taruh kementerian iaitu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan penutupan Retreat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) - Perancangan Strategik Tahun 2025, di Pasific Sutera, di sini, semalam. Turut hadir Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, […]