Menzahirkan keadilan dalam rasionalisasi subsidi RON95
Dr Mohd Zaidi Md Zabri Subsidi secara pukal bagi petrol RON95 telah menjadi isu utama kerana perbelanjaan besar yang mencecah RM81 bilion pada tahun 2023. Sebagai langkah mengurangkan beban fiskal negara, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan melalui Belanjawan 2025 bahawa golongan T15 atau mahakaya bakal dikenakan harga pasaran semasa bagi petrol RON95. Manakala 85% daripada rakyat akan terus menikmati harga subsidi RM2.05 per liter. Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kemudiannya menjelaskan bahawa pengelasan subsidi ini akan didasarkan pada pendapatan bersih isi rumah berbanding pendapatan kasar bagi memastikan pengagihan yang lebih tepat. Kendatipun begitu, usaha ini harus dilaksanakan dengan berhati-hati umpama ‘menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berserak’ agar tiada pihak yang teraniaya. Rentetan cadangan untuk menetapkan ambang pendapatan RM13,000 sebagai syarat kelayakan subsidi telah menimbulkan kebimbangan yang signifikan, khususnya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, […]