Ibrah dari Al-Quran untuk sistem penilaian murid di sekolah
Oleh: Dr. Abd. Aziz bin Rekan Penilaian merupakan elemen penting yang ditekankan dalam al-Quran kerana Allah SWT menilai setiap perbuatan manusia sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Proses ini bukan sahaja mencerminkan kebijaksanaan dan keadilan Allah, tetapi juga menjadi panduan bagi manusia untuk memperbaiki diri dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik. Dalam konteks pendidikan, konsep penilaian amat relevan kerana ia bertujuan mengukur pencapaian murid secara menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian yang dirancang dengan teliti dan sistematik berupaya membantu murid mengembangkan potensi mereka sepenuhnya serta mencapai matlamat pendidikan yang lebih luas. Dalam al-Quran, istilah seperti al-hisab (perhitungan), al-bala (ujian), mumtahanah (pemeriksaan), fatanna (menguji), dan wazan (penimbangan) digunakan untuk menekankan konsep penilaian yang berasaskan ketepatan, integriti, dan ketelusan. Firman Allah SWT: " Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; […]