trending_flat

PELAKSANAAN PROGRAM PENSIJILAN PERNIAGAAN MALAYSIA TOURISM EXCELLENCE (MATEX) DI SABAH

KOTA KINABALU, 19 Dis (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Negeri Sabah mengumumkan pelaksanaan Program Pensijilan Perniagaan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) di Negeri Sabah. Program yang julung kali dijalankan di Sabah ini telah berjaya memberikan pensijilan kepada sepuluh operator pelancongan yang menunjukkan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan dan pengalaman pelancongan. Pengarah MPC Wilayah Sabah, Encik Edward Binty, menyatakan bahawa program pengiktirafan MaTEx bertujuan untuk meningkatkan standard industri pelancongan di Malaysia, khususnya di Sabah. Program ini menyediakan mekanisme kawal selia kendiri yang membolehkan operator pelancongan menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka. Pensijilan ini adalah langkah penting untuk memastikan pengalaman pelancong berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian yang ditetapkan. Operator yang menyertai program ini dan menerima pengiktirafan akan mendapat faedah seperti peningkatan imej dan reputasi serta sokongan daripada kerajaan dalam bentuk promosi dan bantuan pembangunan. Kejayaan memperoleh pengiktirafan di […]

trending_flat

Melakar harapan masa depan anak berkeperluan khas

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri, Mohammad Mafrukhin Mokhtar Setakat Januari 2023, Malaysia mempunyai seramai 637,537 orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM). Walau bagaimanapun, daripada jumlah OKU berdaftar di negara ini, hampir 40% (235,7315 orang) dikategorikan sebagai OKU yang mempunyai masalah pembelajaran. Makna kata, empat daripada sepuluh anak OKU di Malaysia ini dikategorikan mempunyai masalah pembelajaran. Namun begitu, bukan semua ketidakupayaan boleh dilihat atau dicermati dengan mata kasar. Masalah pembelajaran juga sering dikaitkan dengan ketidakupayaan limunan (invisible disabilities) yang memberikan impak kepada hasil pendidikan dan kualiti kehidupan pelajar berkeperluan khas. Sebagai contoh, anak berkeperluan khas sering memerlukan pendidikan khusus yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Keperluan ini mungkin melibatkan pendaftaran dalam program pendidikan khas, mengupah tutor atau ahli terapi pertuturan dan carakerja atau mempertimbangkan pilihan persekolahan swasta yang lebih lengkap untuk memenuhi keperluan mereka. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation