trending_flat

TEATER MUZIKAL SUDIRMANIA PENGUBAT RINDU PEMINAT ALLAHYARHAM DATO’ SUDIRMAN HJ. ARSHAD

Teater Muzikal Sudirmania dipentaskan pada 27-29 Disember 2024 di Panggung Bandaraya (DBKL) Jalan Raja, Kuala Lumpur KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor dan Pertubuhan Pameran Seni Teater (PEPSTER) dan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Sudirman Asset Management dan Revolution Stage akan mementaskan sebuah Pementasan Teater Muzikal Sudirmania pada 27 hingga 29 Disember jam 3.00 petang dan 8.30 malam bertempat di Panggung Bandaraya (DBKL), Jalan Raja, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan karya-karya seni dan sastera negara serta mempergiatkan persembahan teater warisan dalam kalangan remaja, belia dan masyarakat di Malaysia secara keseluruhannya. Teater muzikal ini dapat membantu dalam penyemarakkan seni budaya dalam bidang teater dan muzik, terutama usaha untuk mengangkat lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad melalui olahan teater muzikal yang […]

trending_flat

SAMBUTAN HARI NATAL DI KPKT – PAS PERLU MENERIMA KEPELBAGAIAN ETNIK, AGAMA DI MALAYSIA

1.Kami menyelar tindakan beberapa pemimpin PAS yang mempolitikkan majlis Sambutan Hari Natal di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tempoh hari. 2.Kenyataan tersebut bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyambut baik perayaan Hari Natal atas “…kesan positifnya ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang lebih berkualiti atau bermoral bersandarkan nilai keagamaan luhur serta suci.” 3.Percanggahan ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat percubaan untuk memberi gambaran bahawa ianya parti yang inklusif, namun sebenarnya rata-rata kepimpinan PAS tidak menghormati hak rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. 4.Jelas bahawa semua yang terlibat dengan persembahan adalah mereka yang menyambut Hari Natal, terutama sekali mereka dari Sabah dan Sarawak, dan tiada yang dipaksa untuk menghadiri majlis tersebut. 5.PAS sepatutnya mempertahankan dan mendukung hak dan kepentingan semua kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan bukannya memecahbelahkan masyarakat dengan politik sempit. 6.PAS […]

trending_flat

Mengapa perlu berdalil dalam beragama?

Oleh: Mohd Saiful Aqil Naim Saful Amin, Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Kebelakangan ini, wujud sesetengah kelompok yang mempertikaikan Sifat 20 sebagai pendekatan mengenal Allah. Mereka beranggapan sepatutnya umat Islam hanya perlu merujuk terus kepada ayat al-Quran ketika mahu belajar ilmu akidah. Ilmu ini dilihat perlu sesuai dengan ‘laras’ orang awam dan tidak perlu dibincangkan secara sukar. Selain itu, mereka juga melihat tidak perlu mencampur adukkan keyakinan tentang Allah dengan akal manusia yang terbatas. Namun benarkah anggapan sedemikian? Perlu difahami bahawa pembelajaran Sifat 20 merupakan sebahagian dari sejumlah gugusan besar sistem kefahaman agama yang dibangunkan oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah bermanhaj al-Asha‘irah. Ia merupakan sebuah sistem pembelajaran yang telah dirumuskan sejak zaman berzaman untuk memahami akidah sahih seperti yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Batu asas kepada pembukuan sebuah metodologi yang komprehensif serta mampan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation