MENGAPA TAKIYUDDIN BERIYA-IYA MENJELASKAN KENYATAAN HADI BAGI MENJAWAB RESPON RINGKAS DARI LOKE?
Oleh: SHEIKH UMAR ALI 1. Apa salahnya kenyataan Loke? Atau soalan yang sepatutnya; Mengapa Takiyuddin beriya-iya membuat penjelasan panjang lebar terhadap kenyataan Hadi bagi menjawab respon ringkas dari Loke? 2. Kenyataan Loke sangat objektif. Sebagai pemimpin tertinggi parti, Loke beri respon apabila nama DAP dipetik oleh Hadi Awang. Itu sahaja. 3. Hadi mendakwa DAP dan PH sudah mengkhianati konsep Raja Berpelembagaan terkait isu titah tambahan (adendum) Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. 4. Loke jawab mudah. DAP tidak terlibat dalam isu berkenaan. Pemimpin DAP tidak terlibat langsung kerana pengampunan adalah urusan Lembaga Pengampunan yang tidak melibatkan Jemaah Menteri. 5. Loke menambah, tidak ada seorang pun daripada wakil DAP menjadi ahli Lembaga Pengampunan. 6. Selain itu Loke juga beritahu, tindakan PAS adalah keji. Sikap suka menyalahkan DAP merupakan mainan politik ulangan PAS bila berhadapan sesuatu isu. 7. Ini […]