GWM MALAYSIA CATAT PENINGKATAN JUALAN AGRESIF 331% PADA 2024, SEDIA DOMINASI PASARAN 2025
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Great Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan rekod jualan pada 2024 dengan pertumbuhan tahunan mengagumkan sebanyak 331%. Pencapaian hebat ini membuktikan keyakinan dan kepercayaan pengguna Malaysia terhadap kenderaan berinovatif dan berkualiti tinggi GWM. Jualan di Malaysia secara amnya telah memainkan peranan signifikan dalam kejayaan menyeluruh GWM di peringkat global. Malaysia: Pasaran yang Giat Berkembang Lonjakan dalam pertumbuhan jualan GWM Malaysia dipacu oleh peningkatan permintaan terhadap kenderaan berprestasi tinggi bersesuaian dengan kehendak pengguna tempatan. Pengenalan model baharu termasuk kenderaan elektrik coupe GWM ORA 07, SUV ‘off-road’ GWM TANK 300, dan SUV hibrid bersaiz sederhana GWM HAVAL H6 HEV telah menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan ini. GWM HAVAL H6 HEV terutamanya telah mencapai 1,500 tempahan dalam tempoh hanya sebulan sejak pelancaran. SUV berorientasikan keluarga ini melambangkan komitmen GWM terhadap kecekapan dan keselesaan pemanduan jarak jauh. “Pengguna di Malaysia […]