trending_flat

Rejab, bulan haram yang mulia

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh  Rejab adalah salah satu daripada bulan-bulan haram yang disebutkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Firman Allah Ta'ala: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah, sejak hari Dia menciptakan langit dan bumi; daripadanya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam bulan-bulan itu.” [At-Taubah: 36]. Bulan-bulan haram itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, dan Rejab, seperti yang dijelaskan dalam sunnah Rasulullah SAW. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya masa telah berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya ada empat bulan haram: tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam, serta Rejab Mudhar yang berada di antara Jamadilakhir dan Syaaban." Bulan-bulan haram ini adalah bulan-bulan […]

trending_flat

KITA GEMPUR – KPDN SERBU 3 PREMIS BERASINGAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI PENYELEWENGAN BARANG KAWALAN BERSUBSIDI

PUTRAJAYA 18 Januari 2025 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan 3 serbuan berasingan di bawah pelaksanaan inisiatif KITA GEMPUR melibatkan aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi pada 15 dan 16 Januari 2025. Menurut KPDN, serbuan pertama telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya pada 15 Januari 2025 yang bermula kira-kira jam 2.00 petang di sebuah premis tanpa nama di Jalan Kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan berkaitan aktiviti decanting iaitu memindahkan gas daripada tong berkapasiti 14kg bersubsidi kepada tong berkapasiti 50kg untuk kegunaan industri bukan bersubsidi. "Hasil pemeriksaan lanjut, premis itu juga tidak mempunyai lesen yang sah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] untuk menjalankan urus niaga berkaitan barang kawalan. Modus operandi sindiket adalah dengan mendapatkan bekalan LPG bersubsidi berkapasiti 14kg daripada pemborong berlesen di sekitar daerah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation