Tuduhan Hamzah fitnah jahat, tak berasas
KUALA LUMPUR : Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Madani menegaskan tuduhan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menderhaka terhadap institusi diraja adalah satu fitnah jahat dan tidak berasas. Dalam satu kenyataan, BBC berkata tuduhan itu juga adalah tidak benar dan hanya bertujuan menghasut rakyat. Katanya, Anwar sebelum ini telah mengesahkan kewujudan titah Tuanku Sultan Pahang berkaitan tahanan rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau menjelaskan titah tersebut tidak pernah diserahkan kepadanya dan menegaskan bahawa urusan berkaitan titah addendum adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC), bukan di bawah tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri. Katanya, menyatakan fakta yang benar tidak boleh dianggap sebagai penderhakaan. “Tuduhan ini adalah taktik lama pembangkang untuk mengelirukan rakyat dengan memainkan sentimen institusi diraja demi kepentingan politik mereka sendiri. “Ini adalah satu cubaan yang […]