trending_flat

Syed Abu Hussin cadang satu gred, satu harga tangani manipulasi beras putih

KUALA LUMPUR: Ketua Task Force Pemantauan Kluster Makanan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mencadangkan kerajaan memuktamadkan cadangan mewujudkan harga tunggal Beras Putih dengan gred tunggal yang dinamakanBeras Putih Malaysia Madani (BPMM). Beliau berkata cadangan itu bagi menyelesaikan isu manipulasi harga beras. "Saya amat konsisten dan sekali lagi mencadangkan BPMM. "Ia akan hanya mempunyai satu harga siling tak kira beras import atau beras tempatan, satu gred satu harga. Maka dengan cara ini, peluang untuk manipulasi sudah tak ada," katanya semasa membahaskan usul Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Dewan Rakyat. Menurut Syed Abu Hussin jika kerajaan tidak dapat buat satu harga, satu gred, maka beliau yakin manipulasi akan terus berlaku dan rakyat terpaksa beli dengan harga yang lebih mahal. Katanya, pada 16 Februari tahun lepas, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri […]

trending_flat

KESUMA komited sediakan kemudahan terbaik sempena Thaipusam

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA) terus komited dalam menyediakan kemudahan terbaik kepada para pengunjung Thaipusam melalui inisiatif KESUMA MADANI yang diperkenalkan pada tahun 2024. Menurut KESUMA, program itu telah berjaya dilaksanakan di Kuil Batu Caves dan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Pulau Pinang, dengan sambutan yang amat menggalakkan. "Berdasarkan kejayaan tahun lalu, KESUMA akan meneruskan inisiatif ini pada tahun 2025 dengan perkhidmatan tambahan serta lebih banyak reruai yang mempamerkan program-program dan inisiatif daripada agensi di bawah KESUMA. "Pada tahun ini, ruang rehat untuk pengunjung Thaipusam akan beroperasi pada Hari Thaipusam, 11 Februari ini, dari jam 6 pagi hingga 6 petang di Batu Caves, Kuala Lumpur dan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Pulau Pinang," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. Menurut KESUMA, pelbagai aktiviti disediakan oleh KESUMA untuk dimanfaatkan oleh pengunjung. Katanya, antara perkhidmatan diberikan adalah menyediakan ruang rehat khasyang selesa bagi 700 pengunjung […]

trending_flat

2.3 juta pekerja asing berdaftar dengan KESUMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berkata 2,368,422 orang atau 14% merupakan pekerja asing dalam negara ini. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata keberadaan pekerja asing di negara ini disifatkan terkawal kerana masih di bawah had siling 15% seperti ditetapkan kerajaan. Katanya, data setakat hujung tahun lalu menunjukkan keberadaan pekerja asing di negara ini berada di tahap 14% daripada jumlah penduduk bekerja negara. "Sejak 18 Mac 2023, kerajaan telah membuat keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing baharu sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. "Sehingga 31 Disember 2024, jumlah keseluruhan penduduk bekerja berjumlah 16,779,500 orang. Daripada jumlah tersebut 2,368,422 orang atau 14 peratus merupakan pekerja asing," katanyadalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen. Beliau berkata demikian menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) yang meminta KESUMA menyatakan kadar peratusan dan jumlah lambakan pekerja asing di Malaysia serta peratusan […]

trending_flat

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub, Pahang

Seramai 42 sukarelawan terdiri daripada Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPB Group Berhad, Pertubuhan Komuniti ELITE, National Cancer Society of Malaysia (NCSM) dan Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA) telah mengikuti Program Khidmat Masyarakat bersama Orang Asli yang berlangsung selama tiga hari di Sekolah Kebangsaan Satak (SK Satak), Raub, Pahang pada 26 hingga 28 Julai 2024 dari jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang. Fakulti Pergigian, Universiti Malaya merupakan salah sebuah institusi yang mengambil bahagian dalam program yang bermakna ini. Objektif program ini adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian yang menyeluruh kepada masyarakat Orang Asli di Raub, Pahang. Ini termasuk, pendidikan kesihatan mulut, penskaleran mulut, topikal fluorida dan tampalan gigi mudah jika perlu. Selain itu, impak yang ingin dicapai melalui program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Orang Asli terhadap pengesanan awal kanser mulut. […]

trending_flat

Perlukah etika dalam penggunaan AI?

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan Teknologi Kecerdasan (AI) yang semakin pantas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia pada hari ini telah membawa pelbagai impak kepada global. Impak atau kesan utama dapat dinilai melalui pelbagai kemudahan yang telah dibawa oleh AI seperti kepantasan dalam bidang komunikasi yang membolehkan perhubungan di antara manusia secara global dapat dilakukan dengan pantas, kos yang lebih efisyen dan inklusif. Malah penggunaan teknologi AI juga membolehkan komunikasi yang lebih interaktif dapat dilakukan secara bersemuka melalui aplikasi Facetime atau Google Meet. Dalam aspek ekonomi, perkembangan AI telah membawa kesan positif kepada penggiat E-Dagang iaitu perniagaan dapat diluaskan melalui jualan atas talian atau Online seperti di platfom TikTok, Instagram dan Facebook, dengan tontonan dari seluruh dunia. Promosi dan penjualan barangan juga dapat dilakukan dengan kos yang lebih murah dan menjimatkan masa. Kesan positif hasil daripada perkembangan teknologi AI telah membuka […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation