trending_flat

Saya istikharah dulu -Saifuddin ulas pemilihan PKR

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail belum memutuskan sama ada ingin bertanding dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual berlangsung Mei depan. Beliau berkata akan menilai dan mengambil beberapa pertimbangan sebelum membuat keputusan. "Saya akan (solat) istikharah dululah," katanya ringkas. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini. Sebagai rekod, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri pernah bertanding jawatan nombor dua PKR pada pemilihan tahun 2022 namun tewas kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli. Sebelum ini media melaporkan, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin memaklumkan, PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang. Cadangan itu katanya, berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan sebelum ini. Jawatan Presiden PKR ketika ini disandang Perdana Menteri, […]

trending_flat

Keselamatan negara masih terkawal – Saifuddin

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan keselamatan negara terkawal susulan kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lalu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan orang awam menjadi keutamaan tertinggi kementerian terutama Polis DiRaja Malaysia (PDRM). “Kita beri jaminan keadaan keselamatan negara adalah terkawal. “Tidak perlu panik untuk dibimbangkan kalau sekadar merujuk kepada insiden yang berlaku (kes tembakan di pusat beli-belah),” katanya pada sidang medianya di Kementerian Dalam Negeri (KDN). Semalam, Bukit Aman berkata penembak dikenal pasti berusia lingkungan 30-an disyaki di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku. Suspek dilapor mempunyai 11 rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah. Namun, identiti penuh suspek belum didedahkan. Dalam pada itu, Saifuddin memuji tindakan pantas polis terhadap kejadian tembakan itu, melibatkan langkah ‘profiling’ dan kenal pasti suspek, sambil menyatakan ia mencerminkan kesiapsiagaan dan kompetensi […]

trending_flat

Memperbaiki catatan amal

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Bulan Syaaban sinonim dengan amalan bacaan Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib ketika malam Nisfu Syaaban. Amalan ini menjadi polemik tanpa noktah dalam kalangan agamawan di antara posisi amalannya yang dikategorikan kepada bid’ah yang diterima atau ditolak. Sebahagian besar masyarakat menghidupkan amalan Nisfu Syaaban dengan amaan bacaan Yasin secara berjemaah dan sebahagian yang lain tidak mengamalkannya. Di luar lingkaran perselisihan tersebut, asasnya terdapat hadis Nabi SAW yang menjelaskan tentang fakta bahawa catatan amalan manusia akan diangkat. Laporan aktiviti tahunan akan ditutup bagi setiap mukallaf pada bulan Syaaban dan lembaran baru akan dibuka. Nabi Muhammad SAW rutin berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding bulan lain. Ini dapat ditelusuri dalam teladan baginda. Daripada Aisyah RA berkata: “Baginda SAW biasanya berpuasa sehingga kami katakan bahawa baginda tidak akan berbuka (berpuasa terus). Dan baginda SAW apabila […]

trending_flat

Hafizy Akmal bakal usahawan farmasi berjiwa besar.

Dilahirkan di Ayer Keroh, Melaka, Hafizy Akmal Hamzah, 23 tahun, adalah contoh pemuda yang menggabungkan semangat tinggi, kecerdasan akademik, dan jiwa keusahawanan. Sebagai anak sulung daripada lima beradik, Hafizy bukan sekadar pelajar jurusan farmasi di UiTM Puncak Alam, tetapi juga pemimpin, usahawan, dan atlet yang aktif. Kehidupannya penuh dengan inspirasi dan dedikasi, menjadikannya role model bagi generasi muda. Asas Kejayaan Bagi Hafizy, bapanya, Hamzah Ahmad Ali, adalah sumber inspirasi utama. Sebagai pengasas GG Pools Construction, bapanya membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai walaupun bermula dari kosong. “Ayah selalu kata, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tapi bagi saya, ayah bukan sekadar pecahkan ruyung, dia bina kolam sekali!” ujar Hafizy sambil tersenyum. Selain bapanya, Hafizy juga terinspirasi oleh tokoh farmasi seperti Dr. Mohammad Sharif Abu Hassan dan Rph Hendrawati Sapuan, yang menunjukkan betapa pentingnya ilmu dan dedikasi dalam bidang profesional. Dalam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation