Tiada insiden pukul babit tahanan SOSMA – Saifuddin
Sumber Gambar: Sosial Media Facebook. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail KUALA LUMPUR 13 Febuari 2025: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil siasatan dalaman mendapati tiada insiden tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dipukul di Penjara Sungai Buloh, Selangor. Beliau berkata, perkara berkenaan dimaklumkan Ketua Pengarah Penjara yang menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap dakwaan terbabit. "Saya menerima laporan mengenai dakwaan bahawa seorang tahanan SOSMA dipukul. "Saya segera menghubungi Ketua Pengarah Penjara untuk mendapatkan laporan penuh. Hasil siasatan dalaman mendapati insiden penderaan tidak berlaku," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara. Awal hari ini, isteri kepada seorang tahanan yang ditahan di bawah SOSMA di Kompleks Penjara Sungai Buloh telah membuat laporan polis mendakwa suaminya telah dipukul. Pengadu mendakwa dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sungai Buloh pada malam […]