trending_flat

Siasatan segenap sudut kejadian tembakan di Tanjung Rhu – Saifuddin

KUALA LUMPUR 15 Febuari 2024: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata polis sedang menjalankan siasatan dengan mengambil kira segenap sudut termasuk prosedur operasi standard (SOP) penggunaan senjata api berhubung kejadian tembakan di perairan Tanjung Rhu. Beliau berkata siasatan dalaman turut dilakukan bagi mengenal pasti sama ada wujud pelanggaran undang-undang. "Mereka terdedah kepada (situasi) mengancam nyawa, terutama pada jam 3 pagi di tengah samudera yang gelap. "Jadi semua itu, kalau kita posisikan diri kita, kita akan faham bahawa ia adalah satu bentuk strategi, tetapi harus ikut prosedur termasuk penggunaan senjata api dan sebagainya," katanya selepas merasmikan Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia di Georgetown Pulau Pinang. Mengulas lanjut, Saifuddin berkata siasatan ketika ini menjurus ke arah aktiviti penyeludupan migran yang merupakan satu jenayah serius di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM). Katanya, dengan episod mengejar suspek adalah […]

trending_flat

16,259 kes direkodkan pelbagai kesalahan – Saifuddin

Sumber Gambar: Sosial Media Instagram, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail KUALA LUMPUR 15 Febuari 2025: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 16,259 kes tangkapan telah direkodkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/1963, dan Ordinan Perkapalan Saudagar. Beliau berkata demikian berhubung pencapaian penting Maritim Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 2005. "Sebanyak 1,789 pencerobohan vesel nelayan asing berjaya digagalkan, dengan 15,162 kru ditahan. "Negara asal nelayan asing yang paling tinggi ditahan, Vietnam iaitu sebanyak 11,443 orang, Indonesia (2,221 orang) dan Thailand (956 orang)," katanya pada sidang media sempena sambutan dua dekat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Pulau Pinang. Menurut Saifuddin sejak 2006 hingga 2024, sebanyak 3,285 operasi Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah dijalankan, melibatkan 16,517 mangsa insiden di laut. Katanya, daripada itu, 14,094 mangsa berjaya diselamatkan, membuktikan komitmen agensi dalam melindungi […]

trending_flat

Apabila vape menjadi ‘halal’

Padahnya terhadap masyarakat, ekonomi dan persekitaran Oleh: Prof. Madya Dr. Nur Amani Ahmad Tajuddin Vape atau rokok elektronik telah menjadi fenomena global yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda. Namun, di sebalik popularitinya, vape membawa kesan buruk yang sangat besar, bukan sahaja kepada individu yang menggunakannya tetapi juga kepada keluarga, masyarakat, dan alam sekitar. Kajian-kajian saintifik telah menunjukkan bahawa vape bukanlah alternatif yang selamat kepada rokok tembakau, malah ia membawa pelbagai risiko kesihatan yang serius. Pada 21 Disember 2015, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Di dalam Al-Quran telah disebut dalam Surah Al-Qasas (28:77): "Dan janganlah engkau berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan." Maka, tidak sepatutnya timbul lagi perdebatan berkenaan tidak mahu mengharamkan vape di […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation