trending_flat

Sokongan anggota PKR Wangsa Maju kepada saya sangat padu – Zahir

KUALA LUMPUR 16 Febuari 2025: Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan berkata sokongan diterima daripada anggota PKR di bahagian Parlimennya sangat padu dan tiada masalah. Beliau menafikan tidak mendapat sokongan daripada anggota PKR Wangsa Maju menjelang pemilihan parti. "Anggota PKR Wangsa Maju beri sokongan yang padu pada saya. Saya kira sokongan itu menggambarkan bahawa anggota-anggota PKR matang dan walaupun kritikal. "Saya yakin mereka prihatin dan percaya dalam pemilihan akan datang cabang Wangsa Maju dan cabang lain serta pusat, anggota PKR matang akan memilih terbaik untuk parti dan khidmat untuk rakyat," katanya. Menurut Zahir lagi, beliau yang sebelum ini merupakan ketua cabang Titiwangsa PKR telah membuat permohonan untuk menukar ke cabang Wangsa Maju PKR. Beliau berkata permohonannya itu telah diluluskan dan secara rasmi menjadi anggota PKR cabang Wangsa Maju. "Hasrat itu demi dua prinsip iaitu kuatkan parti dan memastikan Ahli Parlimen […]

trending_flat

KPDN sasar perlaksanaan sekurang-kurangnya 2 siri PJRM sebulan setiap kawasan DUN

SANDAKAN, 16 Februari 2025 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperluaskan pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) sebagai salah satu langkah intervensi dengan menawarkan harga antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa bagi barangan keperluan harian. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, untuk tahun 2025, KPDN menyasarkan pelaksanaan sekurang-kurangnya 2 siri PJRM sebulan bagi setiap kawasan DUN di seluruh negara. Katanya Kerajaan komited untuk melaksanakan pelbagai strategi dan pendekatan merentasi pelbagai kementerian dan agensi dalam menangani isu kos sara hidup rakyat termasuk pemberian bantuan tunai. "Antaranya, di bawah Kementerian Kewangan (MOF), kerajaan terus memperluaskan pemberian antuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sebanyak RM13 bilion diperuntukkan untuk program STR dan SARA bagi tahun 2025, iaitu peningkatan RM3 bilion berbanding tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, RM8 […]

trending_flat

Sabah negeri penerima manfaat Digital AgTech kedua tertinggi selepas Selangor

SANDAKAN, 16 Februari 2025 – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah Kementerian Digital (KD), telah menganjurkan Jelajah Malaysia Digital (JMD) @ Sabah yang berteraskan kepada pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) melalui inisiatif ‘Malaysia Digital Agriculture Technology’ (Digital AgTech). Majlis pelancaran Jelajah Malaysia Digital @Sabah telah dirasmikan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo, bersama Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin Menurut KD, program itu memberi fokus kepada pemodenan sektor pertanian melalui teknologi digital bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti serta mengukuhkan keterjaminan makanan negara, selaras dengan pelantikan MDEC sebagai Pengesah Teknologi Strategik oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). "Sabah merupakan negeri penerima manfaat Digital AgTech kedua tertinggi di seluruh negara selepas Selangor. Lebih 70 sistem Digital AgTech yang diperkasakan dengan teknologi IoT telah dilaksanakan di seluruh negeri Sabah meliputi semua sub-sektor pertanian, […]

trending_flat

Perpaduan bukan sekadar slogan – Saifuddin

Sumber Gambar: Sosial Media Instagram. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail KUALA LUMPUR 16 Febuari 2025: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perpaduan bukan sekadar slogan. Beliau berkata sebaliknya perlu diamalkan setiap hari dalam kehidupan seharian. "Semangat Harmoni MADANI dalam Kerajaan Madani menegaskan bahawa perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi realiti yang kita amalkan setiap hari. Perpaduan inilah kekuatan kita," katanya d Facebook. Saifuddin berkata demikian selepas bersama rakan-rakan Parlimen Padang Serai meraikan Tahun Baru Cina dengan penuh kemeriahan malam semalam. Beliau berkata ketibaannya semalam disambut oleh tarian singa yang meriah dan lebih mengujakan lagi adalah majlis itu. "Kehadiran juga dipenuhi rakan-rakan India dan Melayu yang turut meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini bersama masyarakat Tiong Hua. "Dalam negara ini, setiap perayaan adalah milik kita bersama. Deepavali, kita nikmati muruku. Hari Raya, kita jamah ketupat dan Tahun Baru Cina, […]

trending_flat

Pembangunan semula berpaksikan komuniti adalah kunci masa depan yang mampan

Oleh: Dr. Muhammad Hadi Mustafa Dalam usaha membangunkan semula kawasan yang terjejas akibat peperangan, penindasan, bencana alam, atau kemiskinan, pendekatan yang lebih mampan, lestari, dan berpaksikan komuniti amat penting. Sejarah telah membuktikan bahawa pembangunan semula yang dikawal oleh pihak asing sering kali tidak menepati keperluan sebenar masyarakat setempat kerana mereka tidak memahami realiti hidup penduduk yang ingin dibantu. Lebih membimbangkan, terdapat kes di mana bantuan luar lebih berorientasikan kepentingan politik dan ekonomi pihak tertentu, bukannya untuk kepentingan penduduk tempatan yang menderita. Oleh itu, konsep ‘Oleh Komuniti, Untuk Komuniti’ disaran sebagai salah satu cara penyelesaian terbaik dalam memastikan pembangunan semula benar-benar memenuhi keperluan penduduk tempatan serta memperkasakan mereka untuk berdikari dan membina masa depan yang lebih cerah. Satu contoh jelas ialah situasi semasa di Palestin, di mana kemusnahan akibat konflik telah menyebabkan keperluan mendesak untuk pembangunan semula. Namun, campur tangan pihak […]

trending_flat

Ewon rasmi pejabat Tekun Nasional cawangan Kimanis

MEMBAKUT, 15 Februari 2025– Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick merasmikan Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Kimanis yang terletak di Tingkat 1, Lot 18, Block C, Membakut Jaya, di sini semalam. Beliau berharap pembukaan pejabat itu akan membantu membangunkan lebih ramai usahawan berjaya di Mambakut dan Kimanis. “Semua perkara besar bermula daripada perkara kecil seperti juga dengan pembukaan Pejabat TEKUN Cawangan Kimanis. Saya pasti pembukaan pejabat baharu ini akan memudahkan semua usahawan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di sini. “Ini merupakan inisiatif penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan Kerajaan MADANI melalui agensi kementerian dan saya yakin TEKUN Nasional akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatannya terbaik kepada masyarakat terutama usahawan informal dan mikro,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pejabat baharu TEKUN Nasional Cawangan Kimanis, di Mambakut Jaya, di sini semalam. Ewon berkata, di bawah Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation