IKIM, UPSI, UTHM DAN IBFIM TERUSKAN USAHA MEMBANGUN KEFAHAMAN ISLAM MELALUI MOU BERSAMA
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara IKIM dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Islamic Banking And Finance Institute Malaysia (IBFIM). Majlis bersejarah ini berlangsung di IKIM, Kuala Lumpur bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pendidikan, latihan dan pembangunan kefahaman Islam. Memorandum Persefahaman yang dimeterai ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam beberapa bidang, termasuk penyelidikan ilmiah, pembangunan pendidikan Islam, kewangan Islam, serta program latihan yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman masyarakat tentang prinsip-prinsip Islam yang relevan dalam konteks moden. IKIM diwakili oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM, Dr. Muhammad Hisyam Mohamad, Pengarah Pusat Emas dan Dr. Nik Roskiman Abdul Samad, Pengarah Pusat SYARAK IKIM. Manakala UPSI diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Md Amin Bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendididkan Sultan […]