trending_flat

Tiada larangan Zakir Naik untuk berceramah – Saifuddin

KREDIT FOTO: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 20 Februari 2025: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada larangan dikenakan kepada pendakwah, Zakir Naik berceramah di dalam negara ini. Beliau berkata larangan sementara pada tahun 2019 kepada Zakir tidak terpakai masa ini. "Tidak ada sekatan yang diletakkan oleh kerajaan kepada Zakir Naik," kata Saifuddin di Dewan Rakyat. Beliau menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang menanyakan sama ada Zakir masih diharamkan daripada berceramah susulan terdapat perintah larangan oleh polis terhadapnya pada tahun 2019. Polis pada Ogos 2019 mengeluarkan arahan kepada semua kontinjen negeri melarang Zakir daripada menyampaikan ceramah awam di seluruh negara. Larangan tersebut dikuatkuasakan selepas Zakir dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan Cina di Malaysia dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos 2019. Portal berita The Scoop melaporkan Zakir Naik telah membuat satu ucapan ataupun membuat […]

trending_flat

Melindungi Pekerja Media dalam Waktu Tidak Menentu

Oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera – Syerleena Abdul Rashid Industri media global sedang menghadapi krisis yang belum pernah terjadi sebelum ini, ditandai dengan pemberhentian pekerja secara besar-besaran, ketidakstabilan kewangan, dan perubahan teknologi yang pesat. Sebagai institusi yang pernah dihormati sebagai Kuasa Keempat, yakni tulang belakang demokrasi, media kini bagaimanapun berdepan tekanan hebat apabila langkah penjimatan memaksa banyak organisasi mengurangkan tenaga kerja, menangguhkan pembayaran gaji, dan mengabaikan tanggungjawab statutori mereka. Malaysia tidak terkecuali. Landskap media tempatan telah menyaksikan peningkatan membimbangkan dalam pemberhentian pekerja, kelewatan pembayaran gaji, serta kegagalan syarikat dalam menunaikan sumbangan penting seperti KWSP, PERKESO, dan PCB. Walaupun mereka memainkan peranan kritikal dalam memastikan pihak berkuasa bertanggungjawab, mendedahkan kebenaran, dan memberi maklumat kepada rakyat, wartawan dan profesional media semakin terkesan akibat ketidakstabilan kewangan. Ramai yang telah mengabdikan hidup mereka untuk melaporkan berita dengan integriti dan berkhidmat sebagai suara rakyat, namun […]

trending_flat

UMSDP wira tanah lestari

Di sebuah perkampungan kecil di Pontian, Johor, para petani dan mahasiswa bertemu dalam satu usaha bersama untuk memahami dan mengaplikasikan teknik pengurusan tanah yang lebih lestari. Universiti Malaya Soil Doctor Programme (UMSDP), yang berlangsung pada 28 Disember 2024 di Kampung Seri Bunian, membawa harapan baharu kepada komuniti peladang dengan memperkenalkan inovasi dan solusi praktikal bagi pemeliharaan tanah gambut. Tanah gambut di kawasan ini merupakan ekosistem yang kaya dengan bahan organik dan bertindak sebagai penyimpan karbon utama global. Namun, jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menjadi punca pelepasan gas rumah hijau yang tinggi, mempercepatkan perubahan iklim. Justeru, program ini bertujuan memperkasakan komuniti petani dengan ilmu pengurusan tanah yang mampan, termasuk penggunaan biochar, sistem saliran terkawal, dan pendekatan paludikultur untuk meningkatkan daya tahan tanaman terhadap perubahan iklim. "Program ini telah berjalan lancar dengan adanya kerjasama daripada semua pihak. Program seperti ini […]

trending_flat

Kerajaan Madani tak sambil lewa soal keselamatan negara

KREDIT FOTO: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 20 Februari 2025: Kerajaan Madani tidak akan mengambil sikap sambil lewa dalam memastikan keselamatan negara terus terpelihara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata ancaman jenayah keganasan dan jenayah terancang masih wujud dan undang-undang yang berkesan diperlukan untuk menanganinya. "Namun dalam masa yang sama, kita juga perlu meneliti ruang penambahbaikan bagi memastikan keseimbangan antara keselamatan nasional dan hak asasi rakyat. "Komitmen kerajaan Madani adalah untuk sentiasa bersedia untuk menambah baik dasar sedia ada dengan memastikan setiap langkah yang diambil berpaksikan kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara," katanya. Menurut Saifuddin kerajaan Madani komited untuk memastikan keseimbangan antara keselamatan negara dan keadilan bagi mereka yang terlibat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Beliau berkata dalam pembentangannya di Dewan Rakyat semalam telah menjelaskan tiga fokus utama berkenaan Akta 747 atau […]

trending_flat

Pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras kekang manipulasi padi – Syed Hussin

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal TAIPING: Ketua Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyokong pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) bagi mengekang sebarang manipulasi padi oleh pihak tertentu. Beliau berkata pindaan akta itu membolehkan pesawah mengisar padi sendiri dan menjual beras yang mereka hasilkan. "Langkah itu akan memberi lebih autonomi kepada pesawah dan memecahkan monopoli kilang dalam industri padi dan beras," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Kembali Ke Sekolah di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang. Pada 13 Februari lalu, kerajaan bersetuju meminda Akta 522 bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengilang, pemborong dan peruncit, sekaligus membendung kegiatan menukar beras tempatan menjadi beras import. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohmad Sabu berkata ini kerana peruntukan seksyen sedia ada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation