trending_flat

Saifuddin beri sumbangan pada 57 masjid di sekitar Daerah Kulim, Bandar Baharu

KUALA LUMPUR 21 Februari 2025: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah memberi sumbangan kepada masjid di sekitar Daerah Kulim dan Bandar Baharu. Beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk mengimarahkan masjid serta melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan bagi menyantuni masyarakat sepanjang bulan Ramadan. "Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak yang kian mendekat, saya turun ke Kulim Bandar Baharu bagi bersama-sama meraikan Program Ihya’ Ramadan yang dianjurkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kedah. "Lebih bermakna, saya dapat bertemu kembali dengan sahabat-sahabat lama. Walaupun sudah lama tidak bersua muka, ukhuwah yang terjalin tetap erat, sambil-sambil mengamit kembali kenangan lama yang penuh makna," katanya. Saifuddin juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan PDRM, agensi-agensi yang terlibat, serta pihak masjid yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan Program Ihya’ Ramadan itu. "Semoga Ramadan kali ini membawa seribu rahmat dan […]

trending_flat

Syaaban bulan keampunan

Oleh: Mohd Anuar Ramli, Muhammad Syafiq Mohd Fuad Bulan Syaaban merupakan salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT kerana wujudnya satu malam yang istimewa di antara malam yang lain. Di samping itu, bulan ini juga terdapat kebaikan yang banyak, umpamanya seperti bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT dalam bulan ini pintu taubat terbuka luas. Begitu juga dengan amalan ketaatan yang dilakukan akan dijanjikan dengan ganjaran pahala yang besar. Allah SWT menjadikan bulan ini sebagai jaminan keamanan kepada orang yang bertaubat sepertimana mereka aman dari neraka. Oleh itu, umat Islam perlulah bersungguh-sungguh dalam memohon keampunan kepada Allah sebelum memasuki bulan Ramadhan dalam keadaan yang bersih dan suci sama ada dari aspek fizikal atau kerohanian. Di samping itu, amalan-amalan sunat yang dilakukan dalam bulan Syaaban dapat diteruskan dalam bulan Ramadan mendatang dengan lebih mudah. Bulan Syaaban mendapat perhatian yang istimewa […]

trending_flat

Mengukuh pendidikan STEM dalam kalangan kanak-kanak dengan robotik

Pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) memainkan peranan penting dalam membentuk minda kritis, kreatif, dan inovatif di kalangan kanak-kanak. Pada era digital ini, kemahiran STEM bukan sahaja diperlukan untuk kerjaya masa depan tetapi juga untuk menyelesaikan masalah global seperti perubahan iklim, ketidakadilan sosial, dan kemerosotan alam sekitar. Melalui pendidikan STEM, kanak-kanak dapat mempelajari cara berfikir secara logik, menyelesaikan masalah, dan berinovasi. Ini amat penting bagi generasi muda, terutamanya mereka yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah (B40), untuk mendapatkan peluang yang sama dalam bersaing di peringkat global. Sehubungan dengan itu, program STEM@UniMadani: Pengukuhan Pendidikan STEM untuk Generasi Muda telah dilaksanakan baru-baru ini oleh Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Projek Yusuff. Program ini bertujuan untuk memperkasakan pendidikan STEM di kalangan pelajar dari golongan B40, khususnya mereka yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kuala Lumpur, dan pelajar Sekolah Kebangsaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation