trending_flat

MISI Perkasa Bakat dengan Kemahiran Menyelenggara dan Membaiki Dron

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2025 – Malaysian Indian Skills Initiative (MISI) meneruskan matlamat untuk memperkasa bakat masyarakat India dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran bernilai tinggi melalui Program Kecekapan Penyelenggaraan dan Pembaikan Dron. Sesi latihan yang diadakan bermula 16 hingga 20 Februari 2025 di Institut Latihan Perindustrian Perai, Perai, Pulau Pinang tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang industri dengan mempersiapkan peserta untuk peluang menjana pendapatan dalam sektor dron yang berkembang pesat. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan, sekali gus menunjukkan permintaan yang semakin meningkat terhadap latihan dron yang khusus selain membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kemahiran bakat bangsa India di Malaysia untuk kerjaya masa hadapan. Sebagai satu inisiatif di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Human Resource Development Corporation (HRD Corp), MISI telah berjaya menarik lebih 6,000 peserta untuk mendaftar dalam bidang-bidang yang tinggi permintaannya seperti Kecerdasan Buatan, Pertanian Pintar dan Teknologi […]

trending_flat

Pemukiman Kerajaan Madani diharap buahkan hasil – Saifuddin

KUALA LUMPUR 22 Februari 2025: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Permukiman Kerajaan Madani Tahun 2025 merupakan satu medan penting bagi memastikan kesinambungan perancangan negara terus bergerak seiring dengan cabaran semasa. Beliau berkata di dalam ucapan amanat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menekankan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat mesti seiring dengan kemajuan geopolitik dan teknologi semasa. "Mesej ini adalah keutamaan saya juga di Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Ianya agenda tetap yang saya akan selitkan di dalam setiap ucapan serta amanat yang saya sampaikan kepada warga KDN," katanya. Menurut Saifuddin, pemukiman itu adalah hala tuju yang akan membimbing usaha Jemaah Menteri dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. "Semoga sesi permukiman ini akan menjadi medan perbincangan untuk Kerajaan Madani dalam membuahkan hasil yang terbaik demi kepentingan rakyat," katanya.

trending_flat

Jemaah Menteri mesti terima kritikan dengan hati terbuka, perbaiki kelompongan

KUALA LUMPUR 21 Februari 2025: Jemaah Menteri diingatkan supaya menerima kritikan dengan hati terbuka dan perbaiki kelompongan yang ada. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya ada kesatuan dan kebersamaan yang kuat dalam Jemaah Menteri. "Ini sekaligus berfungsi sebagai sebuah kerajaan Madani yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat," katanya. Beliau berkata demikian menerusi amanat ringkas sempena Pemukiman Kerajaan Madani 2025 selama dua hari dekat Bangi, Selangor, hari ini. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata permukiman kerajaan Madani Tahun 2025 dalam usaha memastikan kesinambungan perancangan yang diatur bergerak lancar bagi mencorak hala tuju negara dengan penuh berhemah dan bijaksana. Katanya, ia menjadi platform membuka ruang sinergi di kalangan Jemaah Menteri bagi bersama-sama menambahbaik, mengutarakan idea yang lebih segar dan merangka prakarsa yang lebih strategik khususnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negara. "Dalam amanat ringkas, saya tegaskan bahawa marcapada hari […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation