KPKM pandang serius impak El Nino kepada sektor Agromakanan
KUALA LUMPUR, 11 Mac 2024 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memandang serius mengenai kesan fenomena El Nino kepada sektor agromakanan khususnya terhadap sub sektor padi dan beras kerana ianya boleh menjejaskan bekalan makanan negara. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Beufort di Dewan Rakyat pagi ini, KPKM telah dan sedang mengambil beberapa langkah bagi menampan impak fenomena tersebut. "Pertama, Kementerian menerusi agensi dibawahnya iaitu MADA, KADA dan IADA telah mengambil inisiatif awal seperti mengagihkan pam backwards dan pam mudah alih berkuasa antara 7hp hingga 30hp, membina telaga tiub, memperbaiki rumah pam dan sebagainya bagi membekalkan air memandangkan bekalan air dari pengairan utama berada pada tahap minimum. Kedua, Memperbanyakkan parit jejari dan mendalamkan saliran sawah sedia ada bagi membantu mencukupkan bekalan sumber air ke dalam sawah. Ketiga, beberapa kawasan juga telah […]