trending_flat

PM terima Memorandum Transformasi Parlimen

KUALA LUMPUR, 29 DISEMBER 2022 - Memorandum Transformasi Parlimen telah disampaikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Johari bin Abdul kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada petang semalam. Ia adalah sebagai susulan komitmen yang telah dibuat antara Kerajaan dengan Pembangkang Februari lalu. Perdana Menteri menyambut baik usaha tersebut dan memaklumkan kepada kedua-dua Speaker bahawa penelitian khusus akan dilakukan termasuk pandangan objektif Jemaah Menteri dan pihak-pihak berwajib yang lain. Jawatankuasa Transformasi Parlimen itu yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Rais semenjak setahun lalu telah menyelesaikan kerja-kerja semakan perundangan ke arah menjadikan Parlimen bebas daripada kepentingan dan kuasa mana-mana pihak termasuk pihak Eksekutif. Memorandum itu juga mengesyorkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperbaharui dan dilunaskan dengan segera supaya konsep “Asingan Kuasa” benar-benar dilaksanakan dan bersekali menjaga kepentingan […]

trending_flat

PDRM benteras perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2022 - Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan yang melibatkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan OP SOGA IX bermula 19 November 2022 hingga 21 Disember 2022. Hasilnya, beberapa serbuan dan tangkapan telah dibuat dan statistik berakhir pada 21 Disember 2022 adalah seperti berikut : Hasil rampasan keseluruhan meliputi: • Nilai had kredit di dalam perisian sebanyak RM22,353,866.27 dan Dollar Hong Kong 382,995.60; • Wang tunai berjumlah RM518,563.00 dan Dollar Singapura 500; • 74 unit komputer; • 47 unit komputer riba; • Empat (4) unit tablet; • 817 unit telefon bimbit; • Tiga (3) unit mesin kira-kira; • 28 unit modem; • 24 unit router; • Lapan (8) unit printer; • 386 keping sim kad; • 120 helai kertas catitan yang mempunyai catitan disyaki pertaruhan; dan • 27 keping […]

trending_flat

Presiden ABIM Santuni Waris Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

16 Disember 2022 - Selesai menghadiri Majlis Sambutan 50 Tahun Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Kedah di Alor Setar, Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz bergegas menziarahi keluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali di Hospital Sg Buloh. Faisal bersama Exco Kesihatan ABIM Pusat, Dr. Atiqah Najwa dan Presiden PKPIM, Ahmad Farhan Rosli menzahirkan rasa takziah dan simpati kepada keluarga yang terlibat dalam tragedi ini. Kini waris dalam proses pengecaman mayat keluarga. Proses berjalan lama dan akan bersambung hari ini. Semoga Allah beri kekuatan kepada mereka yang terlibat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation