trending_flat

Mercury Securities Group Berhad Sasar Raih RM39.27 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2023 – Mercury Securities Group Berhad (“Mercury Securities” atau “Syarikat”), melancarkan prospektusnya hari ini bersempena dengan tawaran awam permulaan (“IPO”) dan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad ( “Bursa Securities”). Mercury Securities ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan dan melalui anak syarikat milik penuhnya, Mercury Securities Sdn Bhd (sebuah Organisasi Penyertaan Bursa Malaysia Securities Berhad dan sebuah Penasihat Utama yang Diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) (secara kolektif “Kumpulan”) terlibat dalam penyediaan pembrokeran saham, khidmat nasihat kewangan korporat dan perniagaan lain yang berkaitan seperti perkhidmatan kemudahan pembiayaan margin, perkhidmatan taja jamin dan penempatan, serta penyediaan penama dan perkhidmatan penjaga. IPO itu diunjurkan mengumpul RM39.27 juta melalui terbitan 157.09 juta saham pada harga terbitan RM0.25 sesaham. Perolehan tersebut akan diperuntukkan mengikut seperti berikut: RM26.86 juta digunakan untuk perkhidmatan kemudahan pembiayaan margin; RM2.88 juta digunakan untuk menambah baik […]

trending_flat

Menyemarak semangat kemerdekaan di Royal Belum

Terpanggil dengan semangat kemerdekaan yang menebal, seramai 26 warga Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya telah menjayakan sebuah program amal menyantuni masyarakat orang asli di Royal Belum, Perak, yang dinamai “XPDC Royal Belum.” Ir Dr Nasrul Anuar bersama ikan yang berjaya dipancing dari kawasan tasik Pemandangan Tasik Banding yang saujana mata memandang menyambut kehadiran peserta ekspedisi Peserta ekspedisi bergambar kenangan bersama penduduk Kampung Klewang Peserta ekspedisi mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan air terjun yang berjaya didaki Para peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan sokongan Fakulti telah meluangkan masa selama tiga hari dan dua malam untuk ekspedisi ini, yang turut meliputi aktiviti fizikal dan rekreasi. “Tujuan utama program ini adalah bagi mengeratkan perpaduan di kalangan warga Fakulti Kejuruteraan melalui program berbentuk ekspedisi, yang turut memuatkan aktiviti berziarah ke perkampungan orang asli di Royal Belum,” kata Mohd Ridzal Abdul Samat yang merupakan Pengarah […]

trending_flat

Kemasukan Pelajar ke Politeknik dan Kolej Komuniti Meningkat Hampir 20 Peratus

PUTRAJAYA, 27 OGOS 2023 - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke politeknik dan kolej komuniti meningkat sebanyak hampir 20 peratus pada Sesi Akademik I 2023/2024. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail berkata ianya merupakan satu lonjakan yang agak besar. “Statistik pendaftaran pelajar baharu setakat 25 Ogos 2023 menunjukkan bahawa politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan pelajar baharu seramai 26,539 orang bagi sesi kali ini berbanding tahun lepas atau sesi sebelum ini iaitu 22,634 pelajar, sesuatu di luar jangkaan kita. Sesi pendaftaran pelajar masih dibuka sehingga 18 September hadapan dengan mensasarkan seramai 32,000 orang pelajar baharu akan hadir mendaftar di politeknik dan kolej komuniti bagi sesi kali ini. Saya ingin mengucapkan tahniah terutamanya kepada Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) atas usaha berterusan mereka untuk meningkatkan […]

trending_flat

Yayasan Kebajikan Siswa dan Kementerian Pendidikan Tinggi seiring cakna kebajikan Mahasiswa

SABAH, 26 Ogos 2023 - Timbalan Menteri Pendidikan Tingg, Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah meluangkan masa menziarahi Dayangku Siti Mashitah Awangku Sulaiman, mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I semalam. Dayangku Siti Mashitah telah dimasukkan ke hospital sejak 2 bulan lalu dan telah kehilangan keduadua belah tangan dan kaki disebabkan komplikasi penyakit apendiks. Mahasiswa tahun 2 jurusan Hubungan Antarabangsa UMS itu ketika ditanya masih menunjukkan semangat untuk meneruskan pengajiannya. Justeru, KPT bersama UMS akan melihat kaedah terbaik untuk memudahkan urusannya. "Kehadiran pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah sebagai tanda sokongan kepada pelajar dan ahli keluarga mereka serta komitmen keprihatinan berterusan Kementerian terhadap kebajikan dan kesejahteraan siswa kita," Mohammad Yusof Apdal berkata demikian semasa menyalurkan bantuan bagi pihak Yayasan Kebajikan Siswa (YKS) kepada waris pelajar. YKS sejak 2021 aktif menyantuni dan menyediakan pelbagai […]

trending_flat

Penghantaran Secara Lestari untuk Malaysia: POS MALAYSIA Miliki Armada Kenderaan Elektrik Terbesar

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2023 – Pos Malaysia Berhad ("Pos Malaysia" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, dalam misinya menjadi sifar bersih menjelang tahun 2050, telah menerima penghantaran 50 buah motosikal elektrik daripada Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd ("MODENAS"), pemasang MEV-1, dan DRB-HICOM EZDrive Sdn Bhd ("AVIS"), penyedia program pajakan MEV-1. Dari kiri ke kanan: En. Cairil Irwan Mohd Amir Sharifuddin - Timbalan Ketua, Komunikasi Strategik Kumpulan, DRB-HICOM Berhad,En. Akkbar Danial - Ketua, Pengedaran Automotif, DRB-HICOM Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif EON, En. Syahrul Yusuf -Ketua Pegawai Operasi, AVIS Malaysia, En. Charles Brewer - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, POS Malaysia Berhad,En. Roslan Roskan - Ketua Pegawai Eksekutif, MODENAS, En. Mahmood Razak Bahman - Ketua, Komunikasi StrategikKumpulan, DRB-HICOM Berhad, En. Cheah Chee Kong - Ketua, Pengurusan Risiko & Kelestarian Kumpulan, DRB-HICOM Berhad Pos Malaysia berpegang teguh pada komitmen […]

trending_flat

Pos Malaysia menyumbang lebih RM80,000 ke Tabung Amanah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Perkhidmatan Ubat melalui Pos (UMP)

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2023 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan Malaysia telah menyumbangkan lebih RM80,000 iaitu lima peratus hasil kutipan melalui perkhidmatan Ubat Melalui Pos (“UMP”) dalam tempoh enam bulan dari Januari hingga Jun 2023 untuk memanfaatkan Tabung Amanah Pembiayaan Kos Rawatan, Ubat-ubatan dan Peralatan bagi Rawatan Pesakit Kanser Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”). Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat Pos Malaysia dengan bertujuan untuk membantu pesakit kanser yang kurang berkemampuan untuk meneruskan rawatan mereka. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, berkata, “Bagi tempoh 2012 hingga Jun 2023, Pos Malaysia telah menyumbang sebanyak RM708,783.56 dan sejumlah RM617,393.20 telah dibelanjakan untuk rawatan pesakit kanser dari seluruh Malaysia khususnya di Institut Kanser Negara dan Hospital Kuala Lumpur yang merupakan fasiliti kesihatan KKM rujukan utama bagi rawatan kanser. Beliau menyambung, “Melalui […]

trending_flat

Hari Kebangsaan ke-66: Timbalan KPN sambut ketibaan konvoi MADANI RIDE PDRM dan ISBC

SHAH ALAM 21 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyambut ketibaan Konvoi Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Super Bike's Club (ISBC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, petang tadi. Kredit Foto-foto PDRM Konvoi yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) selaku Penasihat Jawatankuasa program, CP Dato' Sri Hazani Ghazali telah bertolak dari Ipoh, Perak pada jam 12.30 tengah hari dan selamat sampai di perkarangan IPK Selangor kira-kira jam 4.10 petang tadi. Jelajah konvoi yang berlangsung selama enam hari bermula 16 Ogos lalu, melibatkan 160 penunggang motosikal berkuasa tinggi dan terdiri daripada warga PDRM serta ahli ISBC telah mengunjungi kesemua kontinjen di semenanjung Malaysia termasuk selatan Thailand. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation