Fadillah selamat tiba di Peru
PERU, 14 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga (Energy Ministers Meeting – EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) telah selamat tiba di Lima, Peru. Menurut Fadillah menerusi ciapan di Halaman X beliau, mesyuarat kali ini akan membincangkan mengenai hala tuju, dasar dan kerjasama dalam pertumbuhan mapan bagi bidang tenaga terutamanya dalam aspek peralihan tenaga dan usaha pengurangan jejak karbon di kalangan ekonomi APEC. "Selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) saya akan mengetengahkan pendirian Malaysia dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta berkongsi mengenai aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang tahun 2050, menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), […]