trending_flat

Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan bakal penuhi permintaan bakat AI

PULAU PINANG, 9 Ogos 2024 – Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan (AI Education Hub) Pulau Pinang telah dirasmikan hari ini oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang bertujuan untuk menaik taraf pendidikan dan pengetahuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar sekolah rendah hingga universiti, pendidik, dan masyarakat umum. Menurut Chang Lih Kang, permintaan untuk kepakaran dalam bidang AI semakin meningkat di pasaran kerja sejajar dengan peningkatan pelaburan yang diterima daripada syarikat-syarikat teknologi global seperti Microsoft, NVIDIA dan ByteDance. Oleh yang demikian, hub itu bakal memainkan peranan yang penting dalam memenuhi permintaan bakat berkemahiran tinggi dalam industri teknologi khususnya dalam bidang AI. “Justeru, kami mensasarkan seramai 3000 peserta yang akan terlibat dalam inisiatif AI Education Hub menjelang tahun 2025. Saya yakin fasiliti yang tersedia akan mampu mempersiapkan bakat negara dalam memacu pembangunan teknologi AI, seterusnya menjadikan Malaysia […]

trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Kyushu, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kyushu, Jepun pada jam 12:20 t3:42 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:42 petang, 8 Ogos 2024Koordinat: 31.7° Utara 131.7° TimurLokasi: Kyushu, JepunMagnitud: 6.9Jarak: 37km Tenggara dari Miyazaki,JepunKedalaman: 41 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Harga diesel di Semenanjung turun 5 sen seliter

PUTRAJAYA, 7 Ogos 2024 - Seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak, Kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.30 seliter bagi tempoh 8 Ogos 2024 hingga 14 Ogos 2024. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.30 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. "Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga. Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara." kata MOF. Pada 10 Jun 2024, telah mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI. Serentak dengan pengumuman tersebut, Kerajaan telah bersetuju untuk menetapkan harga runcit diesel […]

trending_flat

Memperkasa Akuakultur ke arah Keterjaminan Makanan Negara

BANGI, 6 Ogos 2024 - Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup telah merasmikan Seminar Akuakultur 2024 bertemakan Memperkasa Akuakultur ke Arah Keterjaminan Makanan Negara semalam. Seminar anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang diadakan secara hibrid ini memberi pengkhususan kepada aspek membudayakan teknologi moden, lestari dan berdaya saing. Seramai 350 orang peserta menyertai seminar itu terdiri daripada pemain industri, penternak akuakultur dan persatuan-persatuan penternak seluruh Malaysia. Menurut Athur, penganjuran seminar tersebut bertepatan dengan salah satu hala tuju Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) iaitu memperkasakan industri akuakultur bagi mengurangkan kebergantungan sumber perairan semulajadi (perikanan tangkapan) dan beralih kepada ternakan akuakultur yang memfokuskan kepada spesies utama serta ternakan berproduktiviti tinggi dengan aplikasi teknologi terkini. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup “Sektor akuakultur merupakan salah satu fokus utama KPKM dalam memastikan sumber makanan yang mencukupi […]

trending_flat

TAG MERAH PEMOTONGAN BEKALAN AIR SELANGOR SAH, TIADA KAITAN DENGAN ‘SCAM’

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Kecoh di media sosial satu hantaran yang mendakwa bahawa tag merah pemotongan bekalan air oleh Air Selangor merupakan satu bentuk ancaman penipuan ‘scam’. Hal ini kerana, tag merah yang didakwa diletakkan di pili air utama rumah yang mengalami pemotongan bekalan air itu disertakan dengan kod QR yang digunakan untuk tujuan pembayaran tunggakan bil air secara terus. Oleh itu, wujud dakwaan di aplikasi WhatsApp yang menyampaikan naratif sebagai ‘peringatan’ kepada orang ramai agar tidak mengimbas kod QR tersebut kerana bakal menghadapi risiko penipuan. Semakan yang dilakukan kepada rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia mendapati bahawa dakwaan kod qr yang berada pada tag merah tersebut merupakan ancaman ‘scam’ adalah palsu. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Air Selangor melalui hantaran di Facebook rasmi mereka menjelaskan bahawa label notis pemotongan bekalan air tersebut […]

trending_flat

JANGAN MUDAH TERTIPU DENGAN LAMAN SESAWANG ‘KERAJAAN’!

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Talian JomCheck ada menerima satu pertanyaan berkaitan kesahihan permohonan jawatan kosong menggunakan pautan yang diberikan di aplikasi WhatsApp. Setelah menekan pautan tersebut, pemohon akan dibawa ke laman sesawang mencurigakan yang meletakkan imej logo Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jata Negara bagi meyakinkan pengguna. Namun begitu, keraguan mula terserlah apabila pemohon diminta untuk mengisi nombor telefon aplikasi Telegram untuk log masuk kepada permohonan. Hasil semakan JomCheck mendapati wujudnya banyak ciri-ciri yang boleh dipersoalkan melalui laman sesawang tersebut. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Teknik sebegini digunakan oleh penjenayah pancingan data (phishing) untuk mendapatkan data peribadi pemohon setelah pemohon mengisi segala maklumat yang diminta. Sumber: Panduan oleh SoyaCincau - https://bm.soyacincau.com/2022/01/15/cara-kesan-laman-web-palsu/ Antara ciri yang perlu diberi perhatian dan boleh dipersoalkan melalui laman sesawang yang dikongsikan adalah: a. Alamat URL/domain yang diberikan adalah mencurigakan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada jam 8:44 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:44 malam, 5 Ogos 2024Koordinat: 6.6° Selatan 103.5° TimurLokasi: Barat Daya Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 233km Barat Daya dari Bandar Lampung, IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation