trending_flat

TPM umum RM1.5 juta anjur Mini KUD @ D’Bendang tahun depan

Oleh Mohd Faiz Abu Hasan / MELAKA HARI INI SUNGAI RAMBAI 11 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan RM1.5 juta bagi penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ D’Bendang bagi tahun hadapan. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penganjuran yang diadakan itu berpotensi mengembangkan industri pelancongan luar bandar selain menjadi platform usahawan baharu meluaskan perniagaan mereka. “Mengambil contoh penganjuran ini merupakan inisiatif yang sangat kreatif dan harus diperluaskan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen untuk menghimpunkan produk-produk baharu dihasilkan usahawan dalam kampung masing-masing. “Perkara ini mampu memenuhi hasrat kerajaan yang ingin melahirkan usahawan baharu yang bukan sahaja dibangunkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) malah kementerian lain untuk memastikan aspek pembentukan usahawan itu adalah mengikut perspektif masing-masing. “Penganjuran ini bukan hanya menarik pelancongan domestik malah diharapkan pada tahun […]

trending_flat

Melaka ‘duta’ promosi nanas

Oleh Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 11 Ogos – Negeri Melaka memainkan peranan penting dalam membantu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempromosikan buah-buahan itu hingga ke luar negara. Pengerusinya, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, meskipun Melaka sebuah negeri yang kecil dan tanaman nanasnya tidak sehebat Sarawak dan Johor, namun negeri pelancongan itu memainkan peranan penting sebagai duta tidak rasmi untuk mempromosikan buah-buahan itu. SEKITAR pengagihan nanas secara percuma di Bangunan Stadthuys, Banda Hilir. - MELAKA HARI INI “Untuk tanaman nanas ini setiap negeri ada kekuatan berbeza seperti Sarawak, mereka bercadang untuk membuka lagi 20 hektar tetapi Melaka tidak mampu lakukan itu tetapi saya katakan kita akan fokus kepada agropelancongan. “Walaupun kecil, Melaka memainkan peranan penting dalam mempromosikan nanas kerana negeri ini menjadi pusat tumpuan pelancong dan sekali gus berfungsi sebagai duta tidak rasmi. “Apabila pelancong ke negeri […]

trending_flat

TYT rasmi Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 2024

Oleh Norafiqah Jamal / MELAKA HARI INI AYER KEROH 8 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 2024 di Hotel MITC, di sini, malam tadi. MABIMS merupakan singkatan bagi Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura. Program anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Cawangan Dakwah Bil Hal itu disertai kira-kira 40 belia Negara MABIMS membabitkan Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Tahun ini, program Perkaderan Syabab MABIMS yang diadakan pada 6 hingga 14 Ogos menjelajah ke empat lokasi iaitu Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Pada majlis itu, Tun Dr. Mohd Ali yang diiringi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Dr. Ruslan Said telah menyempurnakan lafaz […]

trending_flat

11 masjid dan surau terima sumbangan pembaikan dan penyelenggaraan

Oleh : Mohd Faiz Abu Hasan / MELAKA HARI INI PENGKALAN BATU 7 Ogos – Sebanyak 11 buah masjid dan surau menerima sumbangan secara ‘one-off’ daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, bagi tujuan itu MAIM memperuntukkan dana berjumlah RM241,000. Rahmad yang juga Timbalan Pengerusi MAIM berkata, sumbangan itu secara tidak langsung membantu jawatankuasa masjid dan surau berkenaan menyediakan kemudahan serta persekitaran lebih selesa untuk umat Islam melaksanakan aktiviti ibadat atau majlis ilmu. “Sumbangan ‘one-off’ ini bertujuan asal untuk menampung jumlah kutipan jawatankuasa masjid dan surau yang telah dilaksanakan, bukan menampung keseluruhan kos. “Oleh itu, MAIM berharap masyarakat dapat bersama-sama menyumbang untuk menampung kos pembinaan dan pembaikan diperlukan agar semua pihak mendapat pahala, Insya-Allah. “Pihak jawatankuasa masjid atau surau boleh berhubung dengan Bahagian […]

trending_flat

Melaka mohon tambahan RM8 juta naik taraf pembetung silang

Oleh : Norafiqah Jamal / MELAKA HARI INI AYER LIMAU 6 Ogos – Kerajaan Negeri sedang menunggu peruntukan tambahan bernilai RM8 juta bagi kerja-kerja pemasangan pembetung silang (crossing culvert) bagi mengatasi banjir kilat di sekitar Negeri Melaka. Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, pemasangan pembetung silang itu adalah merupakan perancangan jangka masa panjang bagi mengatasi isu banjir kilat di negeri ini. Menurut beliau, peruntukan tambahan kepada Kerajaan Persekutuan telah dimohon dan kini masih dalam proses menunggu, dan sebagai langkah untuk jangka masa pendek, pihaknya akan mengarahkan kerja-kerja pembersihan tali air dilakukan “Kita sedang mencari jalan untuk penyelesaian jangka masa pendek untuk mengatasi isu banjir kilat di sekitar negeri khususnya di lokasi ‘hotspot’ di Lebuh Ayer Keroh dan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA). “Perbincangan bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan […]

trending_flat

3 pelajar sekolah antara ditahan jadi ‘samseng jalanan’

Oleh MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID / MELAKA HARI INI ALOR GAJAH 21 Julai – Tiga pelajar sekolah antara lima ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Pegoh, di sini, malam tadi. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 16 hingga 20 tahun ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Alor Gajah dengan kekuatan 25 anggota, termasuk bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan BSPT Jasin. Katanya, operasi tersebut dijalankan bermula 9 malam hingga 6 pagi dan sebanyak 34 kenderaan serta 40 individu telah diperiksa. “Daripada jumlah itu, sebanyak 23 buah motosikal turut disita dan 142 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. “Antara kesalahan yang direkodkan […]

trending_flat

Ganjaran untuk atlet Melaka cemerlang di Sukma Sarawak

Oleh SALMAN HAMAT / MELAKA HARI INI AYER KEROH 15 Julai – Atlet yang menyumbangkan pingat buat Melaka di pentas Sukan Malaysia Ke-21 (Sukma XXI) Sarawak, Ogos depan bakal menerima ganjaran daripada Kerajaan Negeri. Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, bagi atlet menyumbang emas Kerajaan Negeri menyediakan ganjaran berjumlah RM5,000 sementara itu perak RM3,000 manakala gangsa RM1,500. “Ganjaran ini bertujuan untuk menghargai semangat, dedikasi dan kesungguhan atlet kita dalam apa juga sukan demi mengharumkan nama Negeri Melaka di pentas Sukma. “Ganjaran berkenaan adalah untuk atlet bagi sukan individu, sementara itu jika bawah lima orang akan ada perkongsian manakala sukan berpasukan seperti bola sepak pula akan ada kadar tertentu. “Selain atlet kita juga tidak melupakan pengorbanan jurulatih yang sebenarnya memainkan peranan besar dalam membantu atlet meraih pingat. Mereka ini juga akan menerima ganjaran mengikut nilai tertentu atas kecemerlangan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation