Ganjaran untuk atlet Melaka cemerlang di Sukma Sarawak
Oleh SALMAN HAMAT / MELAKA HARI INI AYER KEROH 15 Julai – Atlet yang menyumbangkan pingat buat Melaka di pentas Sukan Malaysia Ke-21 (Sukma XXI) Sarawak, Ogos depan bakal menerima ganjaran daripada Kerajaan Negeri. Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, bagi atlet menyumbang emas Kerajaan Negeri menyediakan ganjaran berjumlah RM5,000 sementara itu perak RM3,000 manakala gangsa RM1,500. “Ganjaran ini bertujuan untuk menghargai semangat, dedikasi dan kesungguhan atlet kita dalam apa juga sukan demi mengharumkan nama Negeri Melaka di pentas Sukma. “Ganjaran berkenaan adalah untuk atlet bagi sukan individu, sementara itu jika bawah lima orang akan ada perkongsian manakala sukan berpasukan seperti bola sepak pula akan ada kadar tertentu. “Selain atlet kita juga tidak melupakan pengorbanan jurulatih yang sebenarnya memainkan peranan besar dalam membantu atlet meraih pingat. Mereka ini juga akan menerima ganjaran mengikut nilai tertentu atas kecemerlangan […]