trending_flat

Laluan jalur rempah, khazanah Melaka-Indonesia

Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI BANDARAYA MELAKA 2 Julai – Melaka akan terus memperkukuh kerjasama dengan Indonesia dalam usaha memartabatkan warisan seni dan budaya yang telah dijalin sejak sekian lama. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuk usaha memartabatkan kembali sejarah laluan jalur rempah nusantara yang menjadikan negeri ini tersohor sebagai pusat perdagangan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jelas Ketua Menteri, Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha yang dilaksanakan republik itu, sekali gus mengangkat kembali sejarah kegemilangan nusantara untuk diwariskan kepada generasi muda. “Kita mesti berusaha untuk membongkarkan rahsia lama dalam sejarah laluan jalur rempah ini kerana dahulu Melaka dan Indonesia adalah pusat perdagangan bagi jualan rempah bagi pasaran Asia Barat serta Eropah. “Ia dilaksanakan supaya dapat mengimbau semula sejarah ini dan diwarisi generasi muda. Malah hubungan ini juga dapat diperkukuhkan seperti mana […]

trending_flat

Melaka persinggahan pertama pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah

Oleh NURSALIAWATI SALBERI / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 1 Julai 2024 – Hubungan sejarah yang panjang antara Indonesia dan Malaysia menyaksikan Melaka menjadi destinasi pertama persinggahan pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah di luar negara kepulauan itu. Direktor Jenderal Kebudayaan Kementerian Pendidikan Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia (Kemendikbudristek) Hilmar Farid berkata, pelayaran yang dimulakan sejak 2017 itu adalah usaha pihaknya menjejak tinggalan jalur rempah yang bermula di negara itu sejak 2000 tahun yang lalu dan dibawa sehingga ke Timur Afrika. Katanya, tiga pelayaran dibuat dalam perairan Indonesia dan Melaka menjadi persinggahan luar pertama, selepas ini jelajah itu akan diteruskan ke negara lain. “Beberapa aspek diambil dalam pemilihan Melaka sebagai lokasi pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah ini, antaranya berdasarkan hubungan sejarah yang panjang antara Malaysia dan Indonesia termasuk Melaka pernah menjadi pusat perdagangan terkenal dunia suatu masa dahulu. “Selain status Melaka […]

trending_flat

TMM2024: Lima acara pelancongan sepanjang Julai

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI AYER KEROH 30 Jun – Lima acara pelancongan menarik disusun bagi memeriahkan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sepanjang Julai. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, lima program terbabit turut disertakan dengan pelbagai tawaran menarik buat pengunjung bertuah. Katanya, antara lima program terbabit adalah Muhibah Budaya Jalur Rempah: Kapal Dewa Ruci Indonesia pada 30 Jun hingga 3 Julai 2024 yang merupakan persinggahan kapal bersejarah Indonesia ke Melaka. “Acara kedua, Ceramah Perdana oleh Ustaz Abdul Somad sempena sambutan Maal Hijrah 1446H peringkat Negeri Melaka pada 6 Julai 2024, di Stadium Hang Jebat. “Acara ketiga adalah Melaka Heritage Festival sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya UNESCO pada 12 hingga 14 Julai 2024 dengan pelbagai pengisian seperti Fiesta Kebaya Nyonya, Pementasan Teater “Tuah – Sahmura Lagenda” yang akan berlangsung di Jalan Kota, Bangunan Stadhuys […]

trending_flat

MPJ tangkap tujuh lembu terbiar

Oleh LIANA SAHABUDIN / MELAKA HARI INI SERKAM 27 Jun 2024 – Tujuh ekor lembu terbiar ditangkap menerusi Operasi Bersepadu Ternakan Terbiar dilaksanakan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), sekitar Serkam Darat, baru-baru ini. Operasi itu dilaksanakan Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPJ yang memfokuskan kawasan Taman Koperasi Serkam Darat. Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata pihaknya giat melaksanakan operasi berkenaan ternakan terbiar berkeliaran di kawasan awam yang menimbulkan kacau ganggu. KAKITANGAN Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPJ yang terlibat melaksanakan operasi itu. “Ternakan terbiar ini boleh mengancam keselamatan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya selain menimbulkan isu kebersihan. “Hasil operasi yang dijalankan kita berjaya menangkap tujuh ekor lembu terbiar di kawasan berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini. Mohd Shaiful Hizam berkata, MPJ akan terus melaksanakan operasi tersebut dari semasa ke semasa. “Saya minta kerjasama semua pemilik haiwan ternakan untuk memastikan ternakan […]

trending_flat

‘Hang Tuah’ bersilat jadi tumpuan

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI AYER KEROH 26 Jun – Teknologi skrin pemancar yang membolehkan pengunjung melihat aksi Silat Hang Tuah menjadi antara tarikan buat pengunjung yang hadir ke Pameran Hang Tuah di Hall A Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini. Pemandu Pelancong Dalaman Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), B.H Ahmad Sabri Epit berkata, tarikan itu dibawa menerusi penggunaan teknologi dan inovasi kecerdasan buatan (AI) serta hologram pada sudut interaktif yang disediakan. Menurutnya, selain Silat Hang Tuah, pengunjung juga dapat menggunakan teknologi itu untuk melihat artifak dan maklumat berkaitan sejarah melalui hujung jari sahaja. “Teknologi yang digunakan di Pameran Hang Tuah ini tidak ada di mana-mana muzium di Melaka lagi dan di pameran ini saya melihat pengunjung yang hadir memang teruja dengan apa yang dipaparkan. “Selepas skrin pemancar, sebanyak empat hologram yang memaparkan artifak juga menjadi tumpuan pengunjung […]

trending_flat

‘Bike Week’ meriahkan TMM2024

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI AYER KEROH 15 Jun – Penganjuran Malaysia Bike Week Melaka 2024 antara usaha dilaksanakan bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GP MOTO), Datuk Sulaiman Samia’an berkata, pihaknya terpanggil untuk menganjurkan program terbabit sebagai menyokong usaha Kerajaan Negeri Melaka menjayakan TMM 2024. Katanya, lebih 20,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara berkampung di Melaka selama tiga hari sempena Malaysia Bike Week Melaka 2024, bermula semalam. “Program ini menghimpunkan motosikal pelbagai jenama yang diadakan sebagai usaha memeriahkan lagi sambutan TMM2024 yang sedang rancak berlangsung ketika ini. “Harapan kita adalah untuk menjadi elemen penting dalam TMM2024, keutamaan kita tahun ini adalah membantu serta menyokong Melaka. “Pelbagai inisiatif serta kaedah yang diwujudkan Kerajaan Negeri untuk TMM2024, jadi penganjuran Malaysia Bike Week Melaka 2024 juga merupakan inisiatif menarik kehadiran […]

trending_flat

Melaka atur strategi erat persahabatan Malaysia-China

Oleh LIANA SAHABUDIN/MELAKA HARI INI BANDARAYA MELAKA 13 Jun 2024 – Kerajaan Negeri mengatur strategi berterusan bagi melestarikan persahabatan Malaysia dan China yang mencapai usia 50 tahun. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, strategi itu dilaksanakan menerusi pelbagai aspek seperti seni dan budaya, ekonomi serta lain-lain untuk manfaat bersama. “Saya menyeru kepada semua untuk bersama menggalas tanggungjawab, sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, negeri mahupun dalam kalangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui program-program pemerkasaan budaya. “Program kebudayaan dapat memperkukuh nilai kebersamaan dan permuafakatan sedia ada di samping menyemarakkan lagi keunikan masyarakat majmuk di negeri ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pertunjukan Fesyen Tradisional Malaysia-China 2024 di sebuah restoran di sini, malam tadi. Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Kerk Chee Yee; Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri merangkap Penaung […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation