trending_flat

TV ALHIJRAH GONDOL DUA ANUGERAH ATAS KECEMERLANGAN DALAM PENYIARAN ISLAM

TV AlHijrah baru-baru ini telah berjaya meraih dua anugerah yang mengiktiraf usaha dan dedikasinya dalam penyiaran kandungan Islam di Malaysia. Anugerah pertama adalah Anugerah Kecemerlangan Penciptaan Kandungan Islam, anjuran Halal Development Corporation (HDC). Pengiktirafan ini membuktikan komitmen TV AlHijrah dalam menyajikan kandungan berkualiti tinggi yang selaras dengan prinsip Islam, sekaligus memperkukuhkan lagi peranan stesen ini sebagai peneraju media Islamik di Malaysia. Nadzariah menerima Anugerah World Islamic Excellence Award mewakil TVAH Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed, menyatakan kesyukurannya atas pengiktirafan yang diterima ini sambil menegaskan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama seluruh pasukan TV AlHijrah yang gigih berusaha untuk menghasilkan kandungan bermanfaat, mendidik dan memberi aspirasi kepada masyarakat. “Alhamdulillah, pengiktirafan ini adalah hasil usaha gigih setiap warga kerja TV AlHijrah yang ikhlas dan komited menyampaikan mesej Islam yang membawa kebaikan.  “Ia juga menjadi dorongan bagi kami untuk terus memperkayakan variasi kandungan Islamik dan memperbanyakkan lagi konten-konten halal yang boleh memberi manfaat kepada ummah,” katanya dalam ucapannya pada hari tersebut. Nadzariah turut berkongsi rasa bangga atas kemenangan TV AlHijrah […]

trending_flat

Asya’irah sebagai pegangan akidah arus perdana umat Islam

Oleh: Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Dalam Islam, soal keyakinan yang tepat lagi benar sangat penting bagi memastikan apa yang diyakini sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, persoalan tentang akidah telah dan akan terus dibincangkan oleh umat Islam. Antara polemik yang sering muncul adalah tentang kedudukan Asha’irah sebagai aliran akidah yang menjadi pegangan arus perdana umat Islam dari dulu sehingga kini. Mengapakah pegangan akidah perlu dinisbahkan kepada aliran tertentu? Mengapa Asha’irah dianggap sebagai pegangan akidah yang benar dan mewakili pegangan umum umat Islam. Dalam penulisan ini akan dijelaskan dua persoalan utama di atas. Namun sebelum dibincang lanjut berkenaan Asha’irah adalah penting untuk kita fahami maksud dan hakikat akidah terlebih dahulu. Secara bahasa, akidah berasal dari perkataan ‘aqada – ya’qidu yang bermakna ikatan. Dalam bahasa Arab, perkataan ini menunjukkan makna keteguhan, ketentuan, […]

trending_flat

Masyarakat harus lebih bijak memilih

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Industri halal di Malaysia berpotensi menyediakan peluang yang luas kepada pengeluar makanan untuk mengembangkan perniagaan (Amanda Lim - Unsplash) Kehidupan seorang muslim adalah sering berkisarkan di antara konsep Halal dan Haram. Kedua-dua terma ini adalah berfungsi untuk menjadi garis panduan kepada umat islam dalam melaksanakan aktiviti penghidupan seharian berlandaskan syariat. Konsep Halal dalam perspektif makanan adalah merujuk kepada makanan yang dibenarkan untuk diambil oleh umat islam. Manakala, konsep haram pula adalah membawa maksud sebaliknya. Konsep makanan halal ini adalah merangkumi secara menyeluruh dengan menggalakkan umat Islam untuk mengambil produk makanan yang berkhasiat serta dihasilkan secara suci dan bersih dari perspektif Islam itu sendiri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai perkhabaran yang tular dalam ruangan internet adalah berkaitan restoran atau premis makan yang tidak memiliki persijilan Halal, terutamanya bagi premis yang terletak di dalam kawasan pusat […]

trending_flat

KURSUS KEFAHAMAN DAN BIMBINGAN PENGURUSAN HARTA KELUARGA ISLAM TAHUN 2024

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) --  Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Kursus Kefahaman dan Bimbingan Pengurusan Harta Keluarga Islam Tahun 2024 pada 8 dan 9 Oktober 2024 di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Program ini merupakan salah satu usaha IKIM untuk menyebarkan kefahaman dan bimbingan kepada masyarakat dalam menguruskan harta keluarga. Antara kepentingan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai setiap instrumen pengurusan harta yang sesuai bagi pengagihan harta yang hendak dilaksanakan. Ini termasuk penyediaan dokumentasi hibah dan wasiat yang sah dari aspek hukum syarak dan undang-undang.Program yang dijalankan selama dua hari ini bermula dengan sesi “Pengurusan Harta Keluarga Islam” oleh YBrs. Tuan Mohd Syafiq bin Norizan, Peguam Syarie Syafiq Norizan & Associates dan dikendalikan oleh Puan Suzana binti Md Samsudi, Felow Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS), IKIM. Antara penekanan dalam sesi […]

trending_flat

Mencari kekuatan mengharung badai kehidupan

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Cari kekuatan itu biar pun terasa seperti keseorangan mengharungi badai kehidupan (Benjamin Davies - Unsplash) Dalam era yang serba mencabar ini, ramai individu terpaksa mengharungi badai kehidupan seorang diri. Kesunyian dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat moden semakin ketara, terutamanya apabila berhadapan dengan ujian hidup yang datang silih berganti. Fenomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan mental individu, tetapi juga membentuk dinamik sosial yang lebih luas dalam masyarakat kita. Kajian terkini menunjukkan peningkatan kes kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan muda. Ini mencerminkan realiti bahawa ramai yang berasa terasing dan tidak difahami, walaupun hidup di tengah-tengah komuniti yang sibuk. Persoalannya, bagaimanakah kita sebagai masyarakat boleh menangani isu ini? Dari perspektif Islam, ujian dilihat sebagai sebahagian daripada kehidupan. Surah Al-Baqarah ayat 286 menyatakan bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Prinsip […]

trending_flat

RANG UNDANG-UNDANG (RUU) MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN : LANGKAH MAJU UNTUK KEHARMONIAN UMAT

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia yang memberi kuasa kepada Negeri-negeri termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal agama Islam. Perkara ini jelas disebutkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai I (Butiran 4K) dan Senarai II Senarai Negeri (Butiran 1).  Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024 hadir dengan tujuan utama untuk memperkukuh institusi kefatwaan di Malaysia, khususnya dalam hal penerbitan fatwa dan hukum Islam. Undang-undang ini dirancang untuk: · Menyelaras prosedur penerbitan fatwa: Dengan adanya Undang-Undang Mufti yang jelas, fatwa yang dikeluarkan akan lebih konsisten dan dapat dipertanggungjawabkan.· Meningkatkan kredibiliti institusi kefatwaan: Undang-Undang Mufti ini diharapkan dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti.· Menjaga kesucian ajaran Islam: Melalui undang-undang ini diharapkan dapat mencegah penyebaran ajaran sesat dan menjaga kesucian ajaran Islam. Tuduhan RUU Mufti Wilayah adalah autoritarianisme adalah satu tuduhan yang tidak berasas kerana RUU Mufti […]

trending_flat

Budaya ‘cosplay’ dalam kalangan remaja Islam: Antara minat dan hukum

Oleh: Dr. Ariyanti Mustapha  Dinamisme berfesyen dalam kalangan wanita sering mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan zaman, masa, dan teknologi yang sentiasa berkembang. Perkembangan dalam berfesyen pada hari ini bukan sahaja diminati oleh golongan berkerjaya dan remaja, tetapi juga oleh perkembangan dalam penggunaan media sosial dan TikTok yang telah membawa pengaruh besar kepada dunia fesyen dalam kalangan remaja. Interaksi sosial dari pelbagai budaya, agama, dan cara hidup melalui perkembangan media sosial telah membawa paradigma dalam perubahan fesyen dan minat dalam kalangan remaja. Penulisan kali ini akan mengupas trend remaja pada masa kini yang sangat meminati watak-watak animasi dalam manga Jepun yang diterjemahkan melalui pemakaian baju yang dinamakan sebagai ‘Cosplay’.  Perkataan ‘Cosplay’ merupakan singkatan daripada perkataan “costume play” dalam bahasa Inggeris atau Kosupure dalam bahasa Jepun yang diperagakan dengan pelbagai jenis pakaian yang menggambarkan watak-watak yang diilhamkan daripada Manga (Komik Jepun), anime […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation