trending_flat

Semangat maulid perbaharui cinta kita kepada Rasulullah, senjata perangi ajaran sesat

Oleh: Rusli Abdul Roni Sempena-maulid-Nabi-SAW-mari-kita-menilai-kembali-kecintaan-kita-kepada-apa-yang-sebenarnya-dibawa-oleh-Rasulullah-SAW-Mataq-Darul-Ulum-Unsplash.jpg Setiap kali bulan Rabiulawal tiba, umat Islam di seluruh dunia menyambut tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan penuh makna, kegembiraan, dan kesyukuran menjadi umatnya. Rutin tahunan ini adalah momen penting untuk memperbaharui cinta kita kepada junjungan agung, Baginda Rasulullah SAW, serta memperkukuhkan kefahaman kita terhadap ajaran Baginda. Namun, di sebalik kegembiraan ini, terdapat cabaran yang tidak dapat dinafikan, iaitu kemunculan dan penularan ajaran sesat yang berlegar di tengah masyarakat Islam. Ajaran sesat ini bukan sahaja menggugat akidah umat Islam tetapi juga menyesatkan pemikiran serta mengaburkan kefahaman terhadap ajaran sebenar yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Ini terjadi kerana ada segelintir individu yang kurang memahami ajaran Islam atau terpengaruh oleh kumpulan yang menyimpang dari ajaran dan tauladan Rasulullah SAW. Walhal, Allah SWT telah menjelaskan dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu […]

trending_flat

Jangan dicampur-adukkan tuntutan berkeluarga dengan ketetapan hukum fiqah

Oleh: Dr. Mahyudin Daud Islam telah menetapkan hak-hak tertentu ke atas setiap individu dalam sebuah keluarga (Aldin Nasrun - Unsplash) Kehidupan berkeluarga menurut ajaran Islam adalah dibina atas dasar ketenangan (sakinah), kasih sayang (mawaddah) dan hormat menghormati (rahmah). Ia sama sekali menolak cara hidup berkeluarga yang mengutamakan maslahah bersifat kebendaan (maddiyyah) dan kepentingan peribadi (ithar). Islam telah menetapkan hak-hak tertentu ke atas setiap individu dalam sebuah keluarga yang mana hak-hak tersebut bukan sahaja perlu ditunaikan sebagai satu tanggungjawab bahkan menjadi taklifan bersifat syarie yang akan dihisab di hari perhitungan. Melaksanakan hak-hak tersebut adalah suatu tanggungjawab sementara mengabaikan tuntutan itu dianggap pelanggaran terhadap hukum syarak. Sebab itulah, setiap pasangan dianjurkan supaya memahami dan menghayati hak-hak individu dalam rumahtangga sebelum memasuki gerbang perkahwinan bagi menjamin tertegaknya sebuah rumahtangga yang harmoni sesuai matlamatnya menurut syariat Islam. Para fuqaha dengan kelayakan istinbat dalil-dalil al-Quran […]

trending_flat

Al-Quran penyelamat dari kesesatan

Oleh: Dr. Selamat Amir Isu penyelewengan dan kesesatan dalam ajaran Islam bukanlah isu yang baharu. Namun pendedahan terhadap kesesatan dan kejelekan ajaran GISBH serta pengikutnya pada ketika ini telah membuka semula mata semua pihak terhadap keburukan dan kesan akibat kejahilan pengamal ajaran sesat yang jelas bertentangan dengan akidah Islam khususnya akidah Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi iktikad dan pegangan umat islam di Malaysia malah seantero dunia. Malah lebih teruk dan jijik apabila gerakan ini tanpa segan silu mempergunakan ‘nama agama’ demi mengaut keuntungan dan kesenangan. Realitinya, ajaran yang menyesatkan inilah sebenarnya telah merosakkan hampir keseluruhan rantaian hubungan sosial, etika moral, akhlak, ekonomi dan kepercayaan yang menjadi asas kekuatan dan tunjang hidup beragama. Berselindung dibalik tabir bertopengkan agama, waima dari aspek penampilan seakan ‘ustaz atau wali’ ataupun melalui kata-kata indah seakan ‘tok guru atau mufti’, kebanyakan ajaran yang menyeleweng ini akan […]

trending_flat

Keseimbangan dalam memenuhi keperluan keuntungan dan etika industri halal

oleh: Juliana Anis Ramli Keseimbangan desakan dan motivasi antara pengguna dan pemain industri amat diperlukan dalam menangani isu halal (Nahrizul Adib Kadri - Unsplash) Istilah 'halal' berasal dari bahasa Arab, yang didefinisikan sebagai sesuatu yang 'dibenarkan' atau 'diizinkan', telah digunakan secara meluas dalam pelbagai aspek terutama sekali merujuk kepada perihal makanan sebagai memenuhi tuntutan agama. Pertambahan penduduk Islam dunia dan kuasa beli yang tinggi merupakan pendorong utama kepada kemajuan pesat dan pertumbuhan industri halal. Oleh itu, Malaysia telah menjadi peneraju yang diiktiraf sebagai hab halal antarabangsa. Industri halal memainkan peranan penting dalam menyumbang sumber utama ekonomi negara dan dijangka meningkatkan ekonomi dengan anggaran USD 8 trilion menjelang 2030. Peranan syarikat pengeluaran makanan halal Syarikat pengeluar makanan halal memainkan peranan yang sangat relevan dan signifikan terhadap pembangunan ekonomi negara. Di samping itu, permintaan yang tinggi terhadap makanan halal dapat menggalakkan syarikat […]

trending_flat

Menanggapi permasalahan kehidupan dari kacamata Islam

Oleh: Mohammad Baihaqi bin Md Yusnan Pernahkah anda ditanya soalan ini: Gelas itu separuh penuh atau separuh kosong? Apakah jawapan anda? Kedua-dua jawapan yang diberikan menggambarkan cara fikir seseorang terhadap sesuatu isu. Dalam konteks soalan ini, ia menggambarkan bagaimana seseorang melihat, memerhati, dan menanggapi makna di sebalik penuh atau kosongnya air di dalam gelas tersebut. Situasi ini boleh dikiaskan dengan pelbagai keadaan, pilihan, dan permasalahan harian kita. Dalam usaha menjawabnya, beberapa kefahaman penting perlu diluruskan terlebih dahulu. Kepentingan persoalan ini Mereka yang optimis sentiasa akan melihat gelas tersebut separuh penuh. Ini adalah kerana kecenderungan semulajadi yang mereka telah bina melalui pengalaman, ilmu, dan pergaulan mereka menjadikan mereka sentiasa positif dan sentiasa menjadikan mereka menanggapi sisi kebaikan di sebalik sesuatu yang berlaku. Sebaliknya, mereka yang pesimis akan melihat gelas tersebut separuh kosong. Mereka sentiasa melihat kekurangan, ketidak-cukupan dan permasalahan yang berlaku […]

trending_flat

Sambutan Maulid Nabi bukti kecintaan, kesyukuran dan kegembiraan

Oleh: Dr. Mahyudin Daud, Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh Pensyariatan sambutan Maulid Nabi SAW itu jelas daripada al-Quran, sunnah dan pandangan ulama (Nahrizul Adib Kadri - Unsplash) Perayaan Maulid Nabi adalah bukti cinta kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW sekaligus memuliakan Baginda dan bergembira dengan kurnian Allah SWT yang paling besar. Sambutan tersebut juga adalah satu cara menzahirkan syukur kepada Allah Yang Maha Esa atas nikmat kelahiran Nabi SAW sebagaimana firman Allah SWT: “Katakanlah wahai Muhammad SAW (kepada umatmu) dengan limpah kurnia Allah dan dengan rahmatNya maka dengan demikian bergembiralah oleh kaum muslimin.” Bagi pencinta Rasulullah SAW, sambutan tersebut adalah wajar secara logik dan disyariatkan berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Umat Islam sejak berkurun lamanya telah mengadakan sambutan tersebut dan para ulama telah bersepakat di atas hukum istihsannya bahkan tidak ada seorang ulama muktabar pun yang mengingkarinya. Merayakan Maulid Nabi hakikatnya […]

trending_flat

Sambutan Maulidur Rasul kini sebuah keperluan

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Pada setiap tahun umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Malah kerajaan memperuntukkan satu hari sebagai cuti umum khas bagi menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada tahun ini ia jatuh pada 16 September 2024, bersamaan tarikh sambutan Hari Malaysia. Sambutan Maulidur Rasul sudah menjadi keperluan di zaman ini bagi mendekatkan kita kepada Rasulullah SAW (Ahmet Kurem - Unsplash) Walaupun sudah sekian lama sambutan Maulidur Rasul diadakan di Malaysia namun masih ada segelintir umat Islam yang tidak selesa dengan sambutan tersebut kerana dikatakan bid’ah yang berlawanan dengan syarak. Bagi mereka jika ia amalan yang dituntut oleh syarak maka sudah tentu para sahabat, Tabi’in dan imam empat mazhab (Syafie, Abu Hanifah, Malik dan Ahmad) terlebih dahulu melaksanakannya. Malah mereka juga mendakwa Saidatina Aisyah yang hidup melebihi empat puluh tahun selepas kewafatan baginda pun tidak […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation