trending_flat

Pelajar bantu usaha melestari kampus menjelang 2030

Seramai 50 orang pelajar ijazah sarjana muda Universiti Malaya (UM) terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian telah terpilih dalam program khas dalam membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan kelestarian di kampus. Ini merupakan sebahagian daripada projek tahun akhir yang wajib dilaksanakan oleh mereka. Pelajar-pelajar ini telah menerima geran khas di bawah penyelarasan Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC) bernilai RM1,000 bagi membantu melaksanakan projek tahun akhir mereka di bawah program FYP@Sustainability. Tema penyelidikan projek tahun akhir adalah Matlamat Pembangunan Lestari Ke Arah Kampus Sifar Bersih yang Adil (Just Net-Zero). Dr. Fung Hon Ngen “Ini merupakan program julung kali diperkenalkan dimana pelajar ijazah sarjana muda bersama penyelia masing-masing diberi pendedahan dan peluang untuk memohon geran bagi membantu projek tahun akhir mereka. Isu kelestarian kampus menjadi titik fokus utama dalam program ini”, kata Dr. Fung Hon Ngen selaku ketua program khas […]

trending_flat

Meneroka biodiversiti bandar dengan sains masyarakat

Pertambahan jumlah penduduk merupakan antara penyebab utama kehilangan biodiversiti di seluruh dunia. Hal ini dibuktikan dengan peningkatan kehilangan habitat, perubahan guna tanah, eksploitasi sumber alam serta pencemaran yang berlaku, seiring dengan peningkatan jumlah penduduk. Semakin ramai penduduk, semakin tinggi permintaan sumber, dan semakin banyak habitat semula jadi digunakan untuk pertanian, perlombongan, perindustrian dan perbandaran. Affan Nasaruddin Penduduk Malaysia telah meningkat sebanyak 4 juta orang sejak tahun 2010, dan dijangka mencecah angka 38 juta menjelang tahun 2030, dan seterusnya 41.5 juta menjelang 2040. Peratusan penduduk di kawasan bandar di Malaysia pula dijangka akan meningkat kepada 84 peratus pada tahun 2040, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kepadatan dan memberi kesan kepada kualiti kehidupan penduduk dan alam sekitar di kawasan setempat. Negara kita sememangnya sinonim dengan kepelbagaian biodiversiti. Berdasarkan maklumat dari pangkalan data Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS), terdapat lebih kurang […]

trending_flat

Majlis Raikan Syawal UM sifar plastik, didik tetamu lestari alam

Universiti Malaya (UM) pada tahun ini menganjurkan Majlis Raikan Syawal dengan kelestarian, apabila memutuskan untuk tidak menggunakan barangan plastik sekali guna untuk kegunaan tetamu. Tetamu yang hadir digalakkan untuk membawa bekas makanan masing-masing. Hal ini menyaksikan tiada sebarang penggunaan plastik digunakan sepanjang majlis berlangsung. Kebiasaannya di mana-mana majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya, jamuan sudah pastinya dipenuhi pinggan, cawan, sudu dan garfu plastik yang disediakan untuk para tetamu menjamah hidangan. Selain memberi kemudahan kepada pihak tetamu dan tuan rumah, penggunaan barangan plastik sekali guna sebenarnya memberi kemudahan kepada pihak penyedia makanan dari aspek logistik dan kos penyediaan. Berdasarkan laporan UN Environment Programme, sejak tahun 1950, kira-kira 9.2 bilion tan plastik telah dihasilkan, menghasilkan kira-kira 6.9 bilion tan sisa plastik primer. Lebih tiga perempat daripada sisa plastik ini dibuang dan berakhir di tapak-tapak pelupusan sampah dan persekitaran semula jadi di seluruh […]

trending_flat

Kutipan Sisa Pepejal Meningkat 3,600 Tan Metrik Pada Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 2 April 2024 – Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Berhad (“Malakoff”), mencatatkan peningkatan kutipan sisa pepejal sebanyak 3,600 tan metrik pada hari ke 20 di bulan Ramadan tahun ini berbanding pada tahun 2023. Jumlah tersebut merangkumi di keseluruhan ketiga-tiga kawasan konsesi di bawah pengurusan Alam Flora iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Adam Saffian Ghazali, makanan yang tidak dihabiskan atau diusik, yang dijual di bazar-bazar Ramadan merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kutipan sisa selain daripada plastik dan polistren bungkusan makanan. “Pembaziran makanan pada bulan Ramadan dapat dilihat menerusi kenaikan 2,800 tan metrik sampah yang dibawa ke tapak pelupusan dalam sehari, berbanding 2,500 tan metrik sampah pada hari biasa bagi kawasan Kuala Lumpur yang mana, mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di negara ini,” ujar […]

trending_flat

Pertandingan DIY Made Simple 2024 Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 – Pendaftaran bagi pertandingan tahunan DIY Made Simple 2024 kini dibuka kepada semua murid dan guru sekolah menengah seluruh Malaysia mulai 10 Mac sehingga 9 Mei 2024. ‘Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition’ dipilih sebagai tema pertandingan bagi edisi 2024 bagi menyeru murid-murid untuk meneroka penggunaan semula bahan kertas dan plastik, masing-masing sebagai sumber buangan terbesar dan kedua terbesar yang dibazirkan di tapak pelupusan sampah di negara ini secara kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk baharu pelbagai fungsi yang mempunyai nilai tambah. Selain membantu menangani masalah pencemaran alam sekitar, penekanan penggunaan semula bahan buangan melalui pertandingan ini juga secara tidak langsung memperkukuh inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kadar kitar semula menjelang tahun 2025. Pertandingan ini dianjurkan oleh Universiti Malaya, khususnya Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares) dan peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR […]

trending_flat

Hari Paus Sedunia : Kesedaran dan Perlindungan

Oleh : Jabatan Perikanan Malaysia Ikan Paus salah satu mamalia terbesar di dunia dalam ekosistem laut kini berdepan ancaman pemburuan haram, pencemaran laut, perubahan iklim serta kehilangan habitat. Di Malaysia, paus merupakan haiwan spesies marin terancam dan dilindungi di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985 iaitu “tiada seorang pun boleh memancing,menganggu, mengusik, menangkap, membunuh, mengambil atau mengambil apa-apa mamalia akuaktik atau penyu yang dijumpai” dan mana-mana orang yang melanggar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000. Kehadiran paus adalah berdasarkan corak migrasi dan laluan mamalia ini adalah berbeza-beza bergantung pada spesies serta habitat masing-masing. Beberapa siri penampakan spesies paus pernah direkodkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) antaranya ialah Paus Bryde (Balaenoptera edeni) yang pernah dilihat di perairan Langkawi pada Jun 2022. Paus ini masuk ke Malaysia secara bermusim iaitu ketika musim bilis untuk mencari makanan. Penemuan lain yang direkodkan ialah di […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 berlaku di Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang pada jam 2:09 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:09 pagi, 23 Januari 2024Koordinat: 41.3° Utara 78.7° TimurLokasi: Rantau Sempadan Kyrgyzstan-XinjiangMagnitud: 7.0Jarak: 941km Timur Laut dari Taloqan,AfghanistanKedalaman: 78 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation