trending_flat

Jangan jadikan anak murid sebagai content di media sosial – Teo Nie Ching

Guru-guru dan ibu bapa diseru untuk berfikir secara mendalam sebelum memuat naik gambar atau video anak-anak ke media sosial. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, beliau menyokong kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang melarang guru-guru menjadikan anak murid sebagai ‘content’ di media sosial. “Memang pada zaman sekarang semua orang ada akaun media sosial, tetapi itu tidak bermaksud bahawa kita boleh ataupun perlu berkongsi apa-apa sahaja informasi dalam media sosial kita. “Kita perlu ingat bahawa murid-murid, pelajar-pelajar adalah golongan kanak-kanak yang belum mencapai umur dewasa,” katanya menerusi satu video pendek di laman sosial TikToknya. Jelasnya, informasi-informasi berkaitan anak murid ini adalah sangat-sangat sensitif dan kita sebagai orang dewasa perlu menjadi penjaga dan penyelamat kepada anak-anak bangsa. Baru-baru ini media melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pelanggaran garis panduan penglibatan murid di dalam […]

trending_flat

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:  Bil.Nama ProdukRacun Berjadual Yang Dikesan1.Beaute Treatment CreamHydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate2.Beaute Nite CreamMerkuri dan Betamethasone 17-Valerate  Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL  Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan […]

trending_flat

MOT terima laporan awal kemalangan pesawat N28JV

15 September 2023 - Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menerima Laporan Awal (Preliminary Report) Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mengenai kemalangan udara yang melibatkan pesawat N28JV berhampiran Elmina, Shah Alam yang berlaku pada 17 Ogos 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, MOT berkata bahawa Laporan Awal tersebut memenuhi standard Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13) yang memerlukan penyediaan laporan awal dalam tempoh 30 hari daripada insiden tersebut. Laporan itu juga mengandungi pernyataan fakta dan penemuan awal yang telah ditentukan sehingga waktu penerbitan laporan ini. Laporan Awal ini harus dianggap sebagai tentatif, dan boleh diubah atau diperbetulkan jika terdapat maklumat dan bukti tambahan. Ia boleh dimuat turun melalui pautan https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/a05-23. "Laporan Akhir akan selesai selewat-lewatnya pada Ogos 2024 selaras dengan ICAO Annex 13 yang memperuntukkan tempoh 12 bulan dari kemalangan tersebut untuk melengkapkan dokumen tersebut. Kementerian Pengangkutan merakamkan […]

trending_flat

Ribut petir dijangka melanda bermula 19 September sehingga November

14 September 2023 - Malaysia dijangka mengalami Fasa Peralihan Monsun a bermula pada 19 September 2023 dan berterusan sehingga November 2023. Permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 15 Mei 2023. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. "Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh." jelas Muhammad Helmi. Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan […]

trending_flat

Pakaian seragam sekolah bentuk jati diri murid

Oleh: Dr. Abd. Razak Zakaria Pemakaian seragam sekolah telah sekian lama dilaksanakan semenjak kita mencapai kemerdekaan dan sejak 1970, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan langkah yang lebih tersusun dalam mewajibkan semua murid sekolah rendah dan menengah untuk memakai pakaian seragam sekolah. Ibu bapa saban tahun menjadikan hujung tahun sebagai masa terbaik untuk bersama anak-anak dalam menyediakan kelengkapan persekolahan di samping meluangkan masa senggang bagi menyiapkan anak-anak mereka dengan membeli pakaian seragam sekolah. Menjadi satu kewajipan kepada ibu bapa jika dapat menyediakan pakaian seragam sekolah daripada pelbagai jenama dan seperti satu pesta hujung tahun dengan diskaun menarik diberikan oleh pasaraya bagi memudahkan ibu bapa mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dr. Abd. Razak Zakaria Menjadi satu kebanggaan juga kepada anak-anak jika dapat memakai pakaian seragam sekolah yang baru di awal tahun berserta lencana sekolah yang menjadi mercu kepada bermulanya persekolahan baru […]

trending_flat

Perkhemahan Keluarga tingkatkan hubungan kekeluargaan

3 September 2023 - KBSMalaysia menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) menawarkan program rintis berbentuk perkhemahan keluarga yang akan dilaksanakan di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan selaras dengan agenda untuk merakyatkan sukan. Di sidang media yang berlangsung di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata tujuan pelaksanaan program rintis adalah untuk: • merakyatkan fasiliti KBS dan memberi manfaat kepada orang ramai untuk beriadah • meningkatkan hubungan dan rasa tanggungjawab kekeluargaan dalam kalangan rakyat Malaysia serta memupuk amalan nilai murni dan integriti keluarga demi keharmonian hidup; dan • memupuk keseimbangan kerjaya dan kehidupan (work life balance) Program ini diadakan secara percuma bagi bulan pertama bermula pada 1 hingga 30 September 2023 (setiap Sabtu dan Ahad). Pada masa akan datang akan dikenakan bayaran yang minimum atau pada kadar mampu bayar sebagai salah satu inisiatif […]

trending_flat

Adik Aqil Bertemu Pakar Prostetik

Adik Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, yang kisahnya baru-baru ini menjadi tular apabila klip yang memaparkan dia menamatkan perlumbaan 100 meter menggunakan tongkat telah bertemu dengan pakar prostetik Artalive Sdn Bhd untuk penilaian bagi menentukan jenis prostetik yang diperlukan untuk membolehkannya menyertai aktiviti sukan. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata “Ia bukan tentang menjadi yang terpantas tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya”. Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Sukan Negara (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik adik Aqil yang memerlukan kaki palsu paras pinggul (hip disarticulation prosthesis). “Kami membuat susulan untuk memastikan sokongan jangka panjang dan tiada komplikasi,” kata Dr Ahmad Munawwar Helmi, pakar perubatan sukan di ISN. Dalam video tersebut, adik Aqil pelajar SK Felda Lepar Utara 1 telah menyertai kejohanan olahraga pendidikan khas Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023. Dia dilihat didorong […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation